Connect with us

Oh! Media

“Masa Anak Masuk Hospital, Tak Muncul Pun?” – Uqasha Beri Penjelasan Isu 2 Minggu Kamal Tak Jumpa Anak

Ohmedia uqasha Kamal

Oh! Artis

“Masa Anak Masuk Hospital, Tak Muncul Pun?” – Uqasha Beri Penjelasan Isu 2 Minggu Kamal Tak Jumpa Anak

Uqasha Senrose tampil jawab isu Kamal tak jumpa anak dua minggu, dedah anak sedang sakit & minta media jangan buat spekulasi.

Selepas kenyataan Kamal Adli kepada media bahawa dia akhirnya dapat melepaskan rindu bertemu anak selepas dua minggu tidak berjumpa, bekas isterinya, Uqasha Senrose tampil memberi penjelasan di media sosial.

Uqasha dilihat kurang senang apabila media memetik tajuk seperti ‘dua minggu tak jumpa anak’ yang menurutnya memberi gambaran tidak adil terhadap situasi sebenar.

“Tuan badan outstation sebab shooting”

Menurut Uqasha, bukan dia yang tidak membenarkan bekas suami berjumpa anak tetapi masing-masing terikat dengan masa serta komitmen kerja.

IKLAN
Uqasha

Tambahnya, dia juga mahu meluangkan masa bersama anak mereka, Uqaira, bila ada masa terluang. Dia menekankan bahawa toleransi antara kedua-dua pihak sangat penting dalam situasi sebegini.

Ada time Qasha off, Qasha nak spend time with her jugak. So toleransi itu PENTING, jangan nak ikut timing sana je.

Dalam masa sama, Uqasha menjelaskan bahawa Uqaira turut mengikuti kelas bersama tutor peribadi dan jadualnya sudah pun dikongsi.

Tambahnya lagi, anak mereka kini sedang dijangkiti chickenpox sejak empat hari lalu.

Plus dah 4 days dia kena chickenpox, tapi ada saya halang?

Teguran Uqasha turut menggesa media supaya tidak melagakan mereka berdua atau mencetuskan salah faham melalui tajuk-tajuk berat sebelah.

Pssttt! Semoga demi anak, kedua-dua ibu bapa ini terus beri yang terbaik tanpa campur tangan spekulasi luar.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas