Connect with us

Oh! Media

Dr Akmal Batalkan Haji Dan Bagi RM120,000 Demi Selamatkan Nyawa Adik Medina

Ohmedia dr akmal saleh

Oh! Inspirasi

Dr Akmal Batalkan Haji Dan Bagi RM120,000 Demi Selamatkan Nyawa Adik Medina

Dr Akmal sanggup batalkan haji demi bantu dana pembedahan adik Medina yang perlukan rawatan segera.

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak kecil sakit, kan? Sebab itu kunjungan Datuk Dr Akmal Saleh dan isterinya ke rumah adik Medina benar-benar menyentuh hati ramai. Dalam masa orang lain tengah buat persiapan ibadah haji, beliau pula rela lepaskan peluang itu demi nyawa seorang kanak-kanak.

Dr Akmal memaklumkan bahawa beliau sudah lama menyimpan duit untuk menunaikan haji bersama isteri. Tapi semuanya berubah selepas melihat keadaan adik Medina yang perlukan pembedahan hati segera di China. Menurutnya, simpanan tersebut memang cukup untuk kos haji berdua, tetapi beliau memilih untuk mendahulukan nyawa kanak-kanak itu.

Dr Akmal hulur RM120 ,000 yang dikumpul sepanjang tahun

Macam ni encik, saya tak boleh tengok budak-budak macam ni. Saya nak beritahu encik, duit saya tak banyak. Tapi ada lah saya simpan. Sebenarnya saya plan tahun ni nak pergi haji. Tapi saya rasa antara pergi haji dengan selamatkan nyawa, nyawa lebih penting.

Dalam simpanan saya memang ada ngam-ngam RM120,000. Saya tak tipu. RM120,000 tu memang cukup untuk haji yang pakej haji travel yang RM60,000 tu. Dua orang jadi lebih kurang RM120,000. Mungkin Allah belum panggil saya lagi.- Katanya.

Bapa adik Medina memaklumkan bahawa kutipan dana yang sedang dijalankan masih belum cukup untuk menampung kos rawatan pemindahan hati. Sebab itu bantuan RM120,000 daripada Dr Akmal benar-benar melegakan keluarga tersebut. Mereka beritahu keadaan Medina memerlukan rawatan segera dan masa bukanlah di pihak mereka.

IKLAN

Keutamaan sekarang ialah selamatkan nyawa Medina

Dr Akmal menegaskan kepada ibu bapa kanak-kanak itu supaya tidak terlalu terbeban memikirkan soal kos. Bagi beliau, fokus utama ketika ini ialah memastikan Medina dapat rawatan secepat mungkin kerana itu peluang terbaik untuk selamatkan nyawanya.

Tak mengapa tahun ni kami tak pergi haji. Jangan stres, saya faham. Sekarang ni kita fikir untuk dia. Rezeki ni sebenarnya bukan untuk saya, hakikatnya untuk adik Medina. Ibu jangan risau. Yang penting Medina dapat rawatan. Kita usaha yang terbaik untuk Medina. Kalau nak bagi sesuatu pada orang, bagi lah benda yang paling kita sayang.- Katanya lagi.

Pssttt! Ohmedia rasa tindakan Dr Akmal ni sangat besar maknanya. Kadang-kadang ujian orang lain buat kita sedar betapa berharganya rezeki yang kita ada. Semoga korang pun terus dipermudahkan bila niat membantu tu ikhlas dari hati.

Kredit: Facebook Akmal Saleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas