Connect with us

Oh! Media

Tujuh Pegawai PBT Didakwa Terima Rasuah RM15,000 Untuk Lindungi Syarikat

Sprm Rasuah

Oh! Tidak

Tujuh Pegawai PBT Didakwa Terima Rasuah RM15,000 Untuk Lindungi Syarikat

Terima wang setiap bulan untuk lindungi syarikat tertentu.

Isu rasuah dalam kalangan penjawat awam sekali lagi mencuri perhatian apabila tujuh individu termasuk enam pegawai dan seorang bekas pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) direman bagi membantu siasatan.

Mereka dipercayai terlibat dalam kes meminta dan menerima rasuah berkaitan urusan permohonan serta pembaharuan lesen perniagaan, dengan jumlah mencecah kira-kira RM15,000.

Direman Empat Hari

Menerusi laporan Sinar Harian, Perintah reman selama empat hari sehingga 14 Februari dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu.

IKLAN

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari di sekitar Lembah Klang semalam.

Siasatan awal mendapati mereka disyaki menerima wang rasuah daripada pemilik syarikat perniagaan sebagai balasan untuk mempercepatkan urusan permohonan dan pembaharuan lesen.

Malah, suspek juga dipercayai melindungi syarikat tertentu daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Terima Rasuah Sejak 2019

Lebih mengejutkan, siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dipercayai berlaku antara tahun 2019 hingga 2023.

Kesemua suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM15,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing daripada dua pemilik syarikat.

Wang tersebut didakwa sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan selain melindungi syarikat terbabit daripada tindakan undang-undang.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pssttt! Rasuah merosakkan sistem serta menindas pihak yang berniaga secara jujur. Jika terbukti bersalah, tindakan tegas tanpa kompromi mesti dikenakan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas