Trending
Wanita Hamil Maut Dipercayai Dibunuh Suami Guna Lesung Batu
Wanita hamil tujuh bulan maut di Kota Tinggi dipercayai dibunuh suami guna lesung batu.
Seorang wanita yang sedang sarat mengandung tujuh bulan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa bunuh suami sendiri dalam satu kejadian menyayat hati di sebuah rumah sewa di Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor.
Difahamkan, suspek lelaki yang berusia 35 tahun telah diberkas kira-kira jam 7.30 pagi, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Disyaki dipukul guna lesung batu, cedera parah di kepala

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi dan mangsa yang berumur 34 tahun tinggal bersama suaminya, kedua-duanya merupakan etnik Rohingya.
Mangsa dilaporkan ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik di tingkat dua kediaman tersebut dan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala yang dipercayai akibat dihentak dengan objek keras, disyaki lesung batu.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi bagi proses bedah siasat. Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Dalam laporan terbaru Harian Metro, pemilik rumah dikenali sebagai Atikah Sulaiman berkata suspek ada datang ke rumahnya pada waktu subuh.
Ketika itu suspek datang bersama anak sulungnya yang berusia empat tahun.
Dia beritahu suami nak buat laporan sebab isterinya ada lelaki lain dan dakwanya bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan isteri dia itu bukan anak dia.
Kata suspek lagi, dia sudah ‘matikan’ isteri di rumah dan hasil pemeriksaan tuan rumah menjumpai mangsa dalam keadaan berlumuran darah.
Atikah berkata, sebelum ini mangsa ada beritahu suaminya itu ada masalah kesihatan mental sebab itu mereka pergi membuat rawatan di Kuala Lumpur.
Pssttt! Sungguh menyayat hati bila insan yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi pemusnah nyawa. Wanita ini bukan sahaja membawa satu nyawa, malah dua. Semoga keadilan dapat ditegakkan sebaiknya untuk mangsa dan bayi yang tidak sempat melihat dunia.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM