Trending
Netizen Perasan Perubahan Isteri Prince Syed Lepas Isu Kontroversi Keluarga, Makin Kurus!
Isteri kepada pempengaruh kontroversi Prince Syed iaitu Fatin dilihat semakin langsing.
Penampilan terkini isteri kepada usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, iaitu Fatin Syazwani Ishak menarik perhatian ramai apabila dilihat semakin kurus dan langsing dalam video terbaru yang dimuat naik di TikTok.
Fatin makin kurus dan langsing

Menerusi video hampir 10 minit yang merakam momen percutian keluarga ini di Cameron Highlands, Fatin tampil bersahaja mengenakan baju ungu cerah dan seluar jeans putih. Rata-rata netizen memuji penampilannya yang dikatakan jauh berbeza berbanding sebelum ini.
Sebelum ini, pasangan ini pernah dikaitkan dengan isu panas apabila keluarga Fatin mendakwa mereka tidak dibenarkan menjenguk anak perempuan mereka yang dikatakan sedang sakit.
BACA: “Isteri Yang Enggan Jumpa..” – Prince Syed Akhirnya Bersuara, Jawab Dakwaan Ibu Mentua
Lebih mengejutkan, ibunya turut mendakwa Fatin diminta menjalani pembedahan bariatrik semata-mata untuk tujuan menjual produk pelangsing badan. Dakwaan tersebut sempat menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Pssttt! Kalau betul Fatin lebih sihat dan bahagia sekarang, kita tumpang gembira.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM