Connect with us

Oh! Media

YB Sedia Tawar Khidmat Peguam Percuma Untuk Lelaki OKU Jadi Mangsa Pukul

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

YB Sedia Tawar Khidmat Peguam Percuma Untuk Lelaki OKU Jadi Mangsa Pukul

YB yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengambil langkah tegas dengan menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menjadi mangsa kejadian pukul di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat lepas.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menyatakan komitmen penuh Pemuda UMNO untuk membantu mangsa mendapatkan keadilan.

Akan pastikan semua yang terlibat terima hukuman setimpal…

Kita nak pastikan mereka yang buat perkara tak ada hati perut ini dikenakan tindakan undang-undang setimpal mungkin.

Pemuda UMNO sudah beri komitmen. Kita akan mengupah peguam untuk bantu abang ini dan pastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah serta dihukum setimpalnya.- Tegas Muhamad Akmal.

Img 0941
Img 0944

Tiga suspek ditahan polis…

Dalam perkongsian Ohmedia sebelum ini , pihak polis telah menahan tiga individu, termasuk seorang peniaga, bagi membantu siasatan kes ini.

IKLAN

BACA: Lelaki OKU Dipukul Beramai-Ramai Di Pasar Tani Chukai, Polis Buru Suspek

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Ja’afar, ketiga-tiga suspek berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada malam Jumaat.

“Diheret seperti binatang” – Dr Akmal

Dr Akmal

Muhamad Akmal meluahkan rasa kecewa dengan insiden ini, menegaskan bahawa perbuatan memukul seseorang, lebih-lebih lagi seorang OKU mental, tidak berperikemanusiaan.

Terlanggar itu memang salah, tapi tak sanggup seorang manusia tengok dia dipukul dan diperlakukan begitu rupa. Disepak muka, diheret, tak ada rasa berperikemanusiaankah?- Tambahnya.

Tambahnya lagi, tindakan pukul ramai-ramai tidak menggambarkan keberanian, malah lebih menyerupai tindakan kejam tanpa hati perut.

#OhmediaNasihat

Kita sebagai masyarakat perlu sentiasa bertindak dengan rasional dan berperikemanusiaan, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang kurang upaya. Kekerasan bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya hanya menambah penderitaan kepada mangsa.

Penting untuk kita mendidik diri dan orang sekeliling agar lebih memahami situasi sebelum bertindak. Ingatlah, kebaikan dan kesabaran adalah nilai yang perlu sentiasa dijunjung dalam apa jua keadaan.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas