Connect with us

Oh! Media

dr akmal

Oh! Negara

Dr Akmal Gesa Tindakan Tegas Isu Sandwic ‘Ham And Cheese’ Di UM Dengan Logo Halal

Dr Akmal dah bersuara tu. Universiti Malaya (UM) kini menjadi tumpuan apabila sebuah kedai serbaneka dalam kampus mereka didakwa menjual sandwic ‘ham and cheese’ dengan logo halal.

Perkara ini sudah pasti menimbulkan kegusaran, apatah lagi memikirkan sudah berapa ramai pelajar Islam sudah membeli makanan terbabit.

IKLAN

Susulan itu, pihak universiti bertindak pantas dengan menutup dua premis berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Bagaimana logo halal itu diperoleh?”- Dr Akmal.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, memohon pihak berkuasa segera menyiasat isu ini. Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh mahasiswa UM yang mempersoalkan kewujudan logo halal pada produk tersebut.

Ham itu ada unsur khinzir, dalam (ham) itu ada daging babi dan sandwic ‘ham and cheese’ dijual dalam UM, yang rata-ratanya orang Melayu ada di situ.

Kita terima jika ia dijual untuk orang Cina, India atau bukan Melayu, tetapi mengapa ada logo halal? Bagaimana dapat logo halal?- Katanya.

Beliau turut menggesa agar status produk lain di premis tersebut diperiksa bagi memastikan jaminan keselamatan makanan halal yang dijual.

Keselamatan produk halal dipersoalkan…

Kalau sandwic ‘ham and cheese’ pun dapat logo halal, apakah jaminan keselamatan bagi produk halal lain yang dijual di situ? Jadi saya minta polis siasat dan laporan polis sudah dibuat. Pihak yang terlibat, agensi terlibat, tolong ambil tindakan.- Tegasnya lagi.

Kes ini telah menarik perhatian ramai kerana melibatkan sensitiviti umat Islam, terutama di institusi pengajian tinggi yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar Melayu.

#OhmediaNasihat

Isu ini menjadi peringatan buat kita semua tentang pentingnya ketelusan dalam pemberian logo halal. Sebagai pengguna, sentiasa berhati-hati dan periksa status halal produk sebelum membeli.

Semoga pihak berwajib dapat menyelesaikan isu ini dengan adil dan telus demi kepentingan semua pihak.

dr akmal

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas