Connect with us

Oh! Media

Penduduk Dedah Jalan Sempit Dan Lori Laju Jadi Punca Tragedi FRU

Ohmedia penduduk dakwa pemandu lori kejar trip

Oh! Negara

Penduduk Dedah Jalan Sempit Dan Lori Laju Jadi Punca Tragedi FRU

Tragedi yang meragut sembilan nyawa anggota FRU di Jalan Chikus-Sungai Lampam bukanlah kejadian pertama di laluan berkenaan. Sebaliknya, ia sudah lama menjadi laluan ‘berisiko tinggi’ yang menunggu masa untuk mengorbankan lebih ramai nyawa jika tidak segera diberi perhatian serius.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Sungai Lampam Kanan, Mohammed Nadzri Mat Taib berkata, jalan sempit dan tiada lampu isyarat menjadikan laluan itu berbahaya, lebih-lebih lagi apabila digunakan oleh lori-lori berat.

Pemandu lori ini memandu laju dan pernah beberapa kali terbabas serta terjatuh ke dalam parit di lokasi itu.- Katanya.

Jalan tersebut bukan sahaja menjadi laluan utama ke kampung, malah berhampiran kemudahan awam seperti tadika dan gerai makan. Risiko bertambah apabila penduduk kampung keluar masuk dengan kenderaan kecil dalam keadaan jalan yang bersimpang-siur.

IKLAN

Penduduk dakwa lori kejar trip, tiada kawalan had laju…

Anggota Fru Terkorban

Menurut beliau lagi, lori-lori yang menggunakan laluan itu dipercayai berkaitan projek perumahan berhampiran dan mengejar masa untuk membuat trip ke lokasi pembinaan.

Saya pun pernah menyuarakan dalam mesyuarat. Mungkin pembesaran jalan. Tambahan pula, jambatan kecil di situ memang bahaya jika berselisih.- Katanya.

Keadaan bertambah buruk apabila penguatkuasaan undang-undang tidak dibuat secara berterusan. Katanya, kehadiran anggota JPJ sekadar berkala dan tidak memberi impak besar kepada pemandu lori yang memecut sesuka hati.

“Tak berani naik motor, lori laju sangat” – Petani.

Fru

Petani tempatan, Mustafa Rahman, 50, turut meluahkan kebimbangan apabila berkongsi pengalamannya yang tidak berani menunggang motosikal di laluan itu ketika menghantar anak ke sekolah.

Memang lori yang lalu di kawasan ini pada waktu pagi bawa pasir atau batu. Mereka juga pandu memang laju.- Katanya.

Beliau turut mempersoalkan ketiadaan tanda amaran, had kelajuan dan lampu isyarat di kawasan tersebut. Katanya lagi, cadangan pembesaran jalan sebelum ini telah diluluskan namun difahamkan dibekukan tanpa maklumat lanjut.

Pssttt! Insiden ini seharusnya menjadi titik tolak kepada pihak berwajib untuk segera bertindak. Infrastruktur yang tidak selamat serta penguatkuasaan yang longgar telah meragut nyawa sembilan wira negara. Penduduk telah bersuara, kini tiba masa tindakan diambil demi mengelakkan tragedi serupa berulang.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas