Trending
Tragedi FSO Sepat: Isteri Sarat Hamil Dedah Arwah Suami Tak Sabar Nak Balik
Isteri dimaklumkan suami kemalangan kira-kira jam 4 petang.
Tanggal 1 Jun sepatutnya menjadi hari yang dinanti-nantikan buat Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri apabila suaminya, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman dijadualkan pulang ke rumah.
Namun, belum sempat hasrat itu tertunai, wanita berusia 28 tahun yang kini hamil tujuh bulan itu menerima khabar paling menyedihkan apabila suaminya disahkan maut dalam kemalangan di FSO Sepat di perairan Terengganu.
Arwah rancang teman isteri berpantang
Lapor Kosmo!, Nurkhaeryna yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang berkata, arwah suaminya sebelum ini sering memberitahu bahawa dia tidak sabar untuk pulang bertemunya.
Lebih menyentuh hati, arwah juga mahu mengumpul cuti bagi menemani isterinya sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan anak nanti.
Kali terakhir Nurkhaeryna berhubung dengan arwah adalah menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 7 pagi hari kejadian.
Dapat tahu suami sudah tiada daripada rakan

Pada jam 4 petang petang hari sama, Nurkhaeryna dimaklumkan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan.
Bagaimanapun, menurutnya, wakil syarikat hanya memberitahu mengenai kemalangan tersebut tanpa memaklumkan keadaan sebenar arwah.
Dia kemudian mengetahui suaminya sudah meninggal dunia selepas menghubungi rakan-rakan arwah.
Wakil syarikat cuma beritahu suami terlibat dalam kemalangan, namun saya mendapat tahu dia sudah ‘tiada’ setelah menghubungi rakan-rakannya.
Muhammad Faezuan Hakim merupakan antara tiga pekerja pelantar minyak yang maut dalam kejadian tersebut.
Seorang lagi pekerja dilaporkan cedera selepas bot yang dinaiki mereka ketika latihan pemindahan kecemasan terbabit dalam kemalangan di perairan Terengganu.
Pssttt! Allahu, berat sungguh ujian buat seorang isteri yang sedang sarat hamil. Lebih memilukan apabila arwah sebenarnya sudah merancang untuk pulang dan berada di sisi isteri ketika tempoh berpantang nanti.
Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa. Semoga Nurkhaeryna diberi kekuatan melalui kehilangan ini dan roh arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.