Connect with us

Oh! Media

Ismail Sabri Dedah Lembaga Disiplin UMNO Tak Pernah Nasihat Pecat Atau Gantung Sesiapa

ismail sabri

Oh! Negara

Ismail Sabri Dedah Lembaga Disiplin UMNO Tak Pernah Nasihat Pecat Atau Gantung Sesiapa

Semalam kita dikejutkan dengan pemecatan dua orang kuat UMNO dan beberapa lagi individu telah digantung keahlian mereka.

ADVERTISEMENT

Hari ini, bekas Perdana Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan keputusan pemecatan dan penggantungan yang diumumkan semalam tidak melalui proses sewajarnya.

Ismail Sabri tidak setuju dengan keputusan yang diputuskan…

BACA: “Lapang Kepala Tak Serabut Masalah Politik” – Ismail Sabri Seronok Bawa Keluarga Bercuti Ke Dubai

Lembaga Disiplin parti juga dikatakan tidak pernah menasihatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan sebegitu.

Sebagai sebuah parti bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan. Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan itu atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat dengan tidak mematuhi proses perundangan serta bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti membela diri.

Jika yang menuduh tidak puas hati, maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi, tuduhan perlu dibuktikan.

Banyak proses yang sepatutnya tidak dilaksananakan…

Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO.

Jawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang dan membawa cadangan ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk keputusan. Proses ini tidak dilaksanakan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas