Connect with us

Oh! Media

SPRM Bakal Lucut Hak Wang RM170 Juta Dan Jongkong Emas Dikaitkan Ismail Sabri

Ohmedia sprm

Oh! Negara

SPRM Bakal Lucut Hak Wang RM170 Juta Dan Jongkong Emas Dikaitkan Ismail Sabri

SPRM akan lucut hak RM170 juta dan jongkong emas dikaitkan dengan Ismail Sabri. Kes selesai dan tunggu tindakan TPR.

Terkini! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bakal memohon untuk melucutkan hak ke atas sejumlah aset mewah yang dirampas membabitkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BACA: Siasatan Kes Ismail Sabri: SPRM Sita Wang Tunai RM170 Juta, Jongkong Emas Tulen 16kg

Memetik laporan Berita Harian, aset tersebut termasuk wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam sebuah ‘safehouse’.

IKLAN

Siasatan selesai, tindakan tertakluk kepada TPR

Sprm
Foto Sinar HarianAsril Aswandi Shukor

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan pelucutan hak dalam masa terdekat iaitu dalam seminggu atau dua minggu selepas mengemukakan afidavit.

Beliau juga mengesahkan kes membabitkan Ismail Sabri sudah selesai disiasat dan bergantung kepada TPR untuk tindakan selanjutnya.

Menurut beliau, aset yang bakal dilucutkan hak adalah sama seperti yang pernah didedahkan dalam sidang media Mac lalu, termasuk mata wang Baht, Riyal, Pound Sterling, Euro, Swiss Franc, Won dan Yuan.

Ismail Sabri boleh cabar pelucutan hak

Tan Sri Azam turut menjelaskan, kini terpulang kepada Ismail Sabri sendiri untuk mencabar proses pelucutan hak aset tersebut sekiranya beliau berhasrat berbuat demikian.

Terdahulu, Ismail Sabri telah beberapa kali hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berkaitan perbelanjaan dan perolehan dana promosi program Keluarga Malaysia semasa pentadbiran beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Difahamkan, siasatan ini turut merangkumi pengisytiharan harta yang dibuat oleh Ismail Sabri pada 10 Februari lalu mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.


Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas