Trending
Wang RM170 Juta Dirampas Daripada Ismail Sabri Dan Kini Sah Jadi Hak Kerajaan
SPRM sahkan RM170 juta milik Ismail Sabri kini jadi hak kerajaan selepas beliau tidak cabar pelucut wang berkenaan.
Wang tunai berjumlah RM170 juta yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kini sah menjadi milik kerajaan.
Menurut laporan Malaysia Gazette, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, selepas Ismail Sabri tidak mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tersebut.
Pihak responden juga tidak mencabar permohonan SPRM… ini bermakna secara rasmi wang ini adalah hak milik kerajaan.
Proses wang diserahkan kepada kerajaan

Azam memaklumkan proses memasukkan wang itu ke dalam akaun kerajaan sudah dimulakan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya (TPR) masih belum membuat keputusan sama ada akan mendakwa mana-mana pihak berkaitan kes ini.
Latar belakang kes Ismail Sabri

Semalam, Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, tidak berhasrat untuk mencabar permohonan pendakwaan bagi melucut hak wang berkenaan.
Kes ini melibatkan rampasan wang tunai lebih RM169 juta dalam pelbagai mata wang asing serta 16 kilogram jongkong emas bernilai sekitar RM7 juta.
Pssttt! Setiap harta yang kita miliki biarlah datang dari sumber yang halal dan telus. Ingat, wang boleh hilang, tapi maruah dan nama baik lebih mahal nilainya.
Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM