Connect with us

Oh! Media

“Hari Terakhir!” – Syed Saddiq Siap Sedia Botakkan Kepala

Oh! Negara

“Hari Terakhir!” – Syed Saddiq Siap Sedia Botakkan Kepala

“Hari terakhir!”, itulah apa yang ditulis dalam posting baharu Syed Saddiq di Instagram miliknya.

ADVERTISEMENT

Bagi yang mengikuti perkembangan Ahli Parlimen Muar, Johor ini, pasti mentetahui yang Syed Saddiq dalam minggu ini sangat sibuk mengumpul dana RM200,000 dalam masa 5 hari bagi merealisasikan program 1 Keluarga 1 Laptop untuk diberikan kepada mahasiswa di Muar.

Apa yang menariknya Syed Saddiq juga menggunakan #BotakChallenge iaitu dengan membotakkan kepalanya jika dana ini berjaya dicapai.

Hari terakhir! Let’s give the fundraising drive one final push. 💪🏼💪🏼 Nervous ni nak transform jadi Syed Saitama. 😅 Klik link di profile saya untuk menyumbang #BotakChallenge. – Tulisnya.

For the people of Muar, Let’s give the #BotakChallenge one final push before 6pm. – Tulisnya di dalam video.

Dari ayat di atas, kutipan dana RM200,000 mungkin telah berjaya dicapai hari ini dan Syed Saddiq sudah siap sedia untuk dibotakkan.

Kutipan dana setakat 29 Disember adalah sebanyak RM185,960.

Apapun semoga usaha yang dilakukan ini dapat mencapai sasaran dan membantu mereka yang memerlukan.

Kredit: Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas