Connect with us

Oh! Media

“Saya Nak Bercakap Dengan Pengarah Awak…” – Syed Saddiq Risau Bella Astillah Tak Cukup Tidur

Ohmedia copy of Copy of Copy of Untitled Design 13

Trending

“Saya Nak Bercakap Dengan Pengarah Awak…” – Syed Saddiq Risau Bella Astillah Tak Cukup Tidur

Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau Bella Astillah, telah mengubah gaya hidupnya kepada lebih sihat sejak berkenalan dengan Syed Saddiq.

BACA: Nyanyian Bella Astillah Dikritik, Didi Astillah Tampil Beri Kata-Kata Semangat

Menerusi satu potongan siaran langsung di laman TikTok, Bella Astillah mendedahkan beliau sukar untuk mendapatkan tidur yang lebih awal kerana kerja yang banyak.

IKLAN

Syed Saddiq risau kesihatan Bella Astillah…

Bella Astillah Syed Saddiq

Dalam video tersebut Bella Astillah menyatakan yang beliau teringin untuk tidur awal kerana ingin menjaga kesihatan. Punca beliau tidak dapat apa yang dihajati adalah kerana kerja dan membuat kuih raya.

Sejujurnya, selepas balik dari Sabah, saya sudah cuba minum air putih dan tidur lebih lama. Kalau dahulu saya tidur hanya beberapa jam tetapi sekarang saya tidur lima ke enam jam.

Saya nak sangat ikut (rutin tidur) cuma kadang kala masa tidur saya akan lari sedikit antaranya sebab buat kuih raya – Bella Astillah

Sejurus selepas Bella Astillah meluahkan perasaan beliau, Syed Saddiq khuatir dan menasihati Bella supaya menjaga waktu tidurnya supaya dapat menjaga kesihatan.

Syed Saddiq tak bersetuju…

Syed Saddiq

Syed Saddiq menyatakan beliau ingin berjumpa dengan pengarah Bella Astillah kerana ingin berbincang berkenaan waktu kerja Bella Astillah.

Kenapa habis pukul 1 pagi? Saya perlu bercakap dengan pengarah awak, itu tak betul. Bahkah bukan untuk pengarah awak sahaja, nanti orang kata saya ‘bias’ kepada Bella pula.

Pada saya tak adil, mana boleh mula awal pagi kemudian awal pagi keesokkan harinya pula baru selesai. – Syed Saddiq

Dalam video tersebut, Syed Saddiq juga mengingatkan Bella Astillah tentang betapa pentingnya sleep hygiene lagi-lagi bila mempunyai keluarga dan anak-anak untuk dijaga.

#ApaKataOhmedia

Kadang-kadang kita terlalu sibuk kejar kerja, layan phone dan dunia sampai lupa badan sendiri perlukan rehat. Tidur cukup bukan saja buatkan rasa lebih segar, tapi otak pun lebih tajam, mood lebih stabil, dan badan lebih sihat. Jangan biar diri letih tak tentu arah. Jadi, tidurlah awal, bangun dengan lebih segar, hidup lebih bertenaga!

Ohmedia copy of Copy of Copy of Untitled Design 13

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Oh Bulan!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Afiq Izham
Penulis, Juruvideo, dan Pencipta Kandungan Media Sosial kreatif di Oh! Media. Menggabungkan bakat dalam penulisan, visual, dan strategi digital untuk menghasilkan karya yang berimpak tinggi dan berjiwa.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas