Connect with us

Oh! Media

“Tak Ada Masalah, Kalau Suka Melepak Dengan Artis Tetapi…” – MP Bukit Bendera Tegur Syed Saddiq

Syed Saddiq

Oh! Negara

“Tak Ada Masalah, Kalau Suka Melepak Dengan Artis Tetapi…” – MP Bukit Bendera Tegur Syed Saddiq

Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abdul Rashid menasihati Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang dianggapnya seperti adik, agar tidak melupakan tanggungjawab utama sebagai wakil rakyat.

BACA: Lepas Tawan Puncak Gunung Kinabalu, Netizen Cabar Syed Saddiq Kahwini Bella Astillah Pula

Sejak kebelakangan ini, umum mengetahui bahawa YB Syed Saddiq kerap dilihat meluangkan masa dan menghasilkan pelbagai kandungan bersama seorang artis tempatan, Bella Astillah.

IKLAN

Kalau tak boleh laksana tugas, tolong letak jawatan

Image
Kredit foto YB Syerleena

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok rasmi YB Syerleena, beliau menyatakan bahawa beliau memahami usaha Syed Saddiq sebagai seorang anak muda yang ingin mendekati golongan belia.

Menurutnya, adalah wajar bagi seorang Ahli Parlimen muda untuk menjiwai minat anak muda, seperti menyertai aktiviti sukan, mendaki gunung dan bersosial.

Namun, beliau mengingatkan agar tidak terlalu hanyut dalam perkara tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab utama sebagai wakil rakyat.

Contohnya, suka bersukan, tak ada masalah. Suka melancong, no problem dan melepak dengan artis. Tak ada masalah juga. Tetapi bukanlah keterlaluan sampai keluar dalam berita gossip.

Kita kena tunjuk teladan yang baik, menerusi media sosial. Akak nak bertegas, kita ni dibayar gaji yang tinggi untuk all out bantu rakyat di kawasan.-Katanya

YB Syerleena turut menegaskan bahawa kedudukan sebagai Ahli Parlimen adalah satu amanah besar yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Image
Kredit foto Prima Valet

Ia bukanlah sekadar peluang untuk meraih populariti atau mendekati golongan tertentu, sebaliknya harus digunakan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga menyeru kepada YB Syed Saddiq agar bermuhasabah dan menilai keupayaannya dalam menggalas amanah sebagai wakil rakyat.

Jika merasa tidak mampu menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya, beliau menyarankan agar tempat itu diserahkan kepada individu yang lebih komited terhadap kepentingan rakyat.

Syed Saddiq

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Tiktok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas