Oh! Arena
Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang Ketika Sertai Ironman Langkawi
Dilaporkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengalami kecederaan semasa menyertai Ironman Malaysia di Langkawi apabila basikal yang dinaikinya terlanggar dahan pokok tumbang pada jam 12 tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, belum ada laporan bagaimana kemalangan berlaku dan sejauh mana tahap kecederaan dialami beliau.
Cuma difahamkan Syed Saddiq masih dapat berkayuh menuju pusat pemeriksaan akhir sebelum beliau dipercayai terus beraksi untuk acara berikutnya iaitu larian.
Untuk pengetahuan korang, Syed Saddiq merupakan peserta yang disenaraikan untuk pertandingan Ironman Malaysia melibatkan 3 acara iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM