
Oh! Negara
Dr Akmal Puji Zahid Hamidi Berjiwa Besar, Mohon Maaf Isu Malaikat
Zahid Hamidi mohon maaf isu kenyataan malaikat, disifatkan berjiwa besar dan layak dicontohi.
Baru-baru ini, Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan kontroversi yang menyentuh isu malaikat.
Langkah tersebut mendapat pujian daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyifatkan tindakan itu sebagai luar biasa dan berjiwa besar.
Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal menekankan bahawa tidak ramai pemimpin yang berani mengakui kesilapan secara terbuka, apatah lagi melakukannya di hadapan umum.
Terima kasih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Bukan mudah untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf. Hanya yang berjiwa besar sahaja mampu melakukannya.- Tulis Akmal.
Zahid Hamidi akui khilaf dan terangkan situasi sebenar…
Dalam kenyataan beliau, Zahid menjelaskan bahawa kenyataan kontroversi itu dibuat dalam keadaan emosi semasa menjelaskan tekanan yang dihadapinya sebagai Presiden UMNO.
Saya mengakui terdapat kekhilafan dalam menyampaikan maksud kenyataan tersebut.
Saya mohon maaf sekiranya ia menimbulkan kekeliruan atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.- Katanya secara terbuka.
Jelas beliau lagi, niatnya bukanlah untuk menyinggung mana-mana pihak, namun cara penyampaian tersebut mungkin menimbulkan kekeliruan yang tidak disengajakan.
Pssttt! Kadangkala sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada tersilap kata atau tindakan. Tapi yang membezakan pemimpin sejati adalah kesediaan untuk mengakui kesilapan dan memperbetulkannya dengan ikhlas.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
