
Oh! Negara
Anwar Ibrahim Sedia Hadap Usul Undi Tidak Percaya, Cabar Pembangkang
PM Anwar cabar pembangkang bentang usul undi tak percaya jika benar ada majoriti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil berani apabila menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan mana-mana pihak pembangkang yang ingin mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.
Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan beliau telah memberitahu Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, agar membahaskan usul itu serta-merta sekiranya dibawa pada hari pertama sidang Parlimen.
Saya telah maklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, jika ada usul pada hari ini, iaitu hari pertama sidang Parlimen, saya sedia menunggu usul undi tidak percaya. Jika benar mereka mempunyai majoriti, silakan.- Kata Anwar.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Anwar Ibrahim tegaskan perubahan kerajaan mesti ikut saluran demokrasi…

Dalam ucapan sama, Anwar turut mengingatkan bahawa mana-mana percubaan untuk menukar kerajaan perlu dibuat secara beradab melalui saluran demokrasi yang sah, bukan dengan tekanan dari jalanan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.
Sebarang usaha untuk menukar kerajaan perlu dilaksanakan secara beradab dengan melalui proses demokrasi, bukan sekadar tekanan jalanan yang boleh menggugat kestabilan negara.- Tegasnya.
Difahamkan, Perikatan Nasional (PN) kini sedang rancak menjayakan kempen Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini di ibu negara.
Pssttt! Dalam suasana politik yang makin panas ni, Ohmedia harap korang semua kekal tenang dan teruskan berfikir secara matang. Perubahan memang penting, tapi biarlah melalui saluran yang betul. Ingat, kestabilan negara adalah tanggungjawab kita bersama.
Kredit: RTM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
