Oh! Negara
Anwar Ibrahim Tegaskan Pelaburan Berbilion Tak Membazir
Anwar Ibrahim sahkan 86% pelaburan pembuatan sudah berjalan. Rakyat dapat faedah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tampil menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mempertikai keberkesanan pelaburan besar-besaran dalam negara.
Katanya, pelaburan dalam sektor pembuatan jelas menunjukkan hasil, bukan sekadar angka di atas kertas. Sebanyak 3,494 projek pelaburan sektor pembuatan telah diluluskan sejak tahun 2021 hingga Jun 2025 oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Menariknya, 3,095 daripadanya sudah direalisasikan serta kini beroperasi. Ini bersamaan dengan 86.4 peratus daripada keseluruhan projek!
Anwar Ibrahim jelaskan projek sudah berjalan di seluruh negara…
Diorang kata pelaburan berbilion-bilion, mana dia (hasilnya), tak ada apa pun. (Hakikatnya) dah operasi 86 peratus (daripada projek yang diluluskan).- Jelas Anwar.
Beliau turut mengarahkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul untuk terus memaparkan data lengkap termasuk lokasi projek-projek yang kini berjalan seperti di Kulim, Johor, Sarawak, Sabah dan Lembah Klang.
Anwar turut menjelaskan, kebanyakan projek yang telah dilaksanakan ini memberi tumpuan kepada sektor digital dan teknologi hijau, dua bidang yang menjadi keutamaan dalam pembangunan masa depan negara.
Lebih banyak peluang pekerjaan tercipta…
Lebih membanggakan, pelaksanaan projek-projek ini telah mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan hanya dalam suku pertama tahun 2025.
Selain peluang kerja, peningkatan pelaburan ini turut memberi impak kepada gaji pekerja. Gaji median dalam sektor pembuatan meningkat sebanyak 5.4 peratus, iaitu dari RM2,600 pada tahun lalu kepada RM2,745 tahun ini. Ini juga selari dengan kenaikan gaji minimum kepada RM1,700.
Pssttt! Ohmedia rasa penting untuk korang tahu bahawa pelaburan besar bukan bermakna duit lesap macam tu je. Bila projek berjalan lancar macam ni, rakyat pun dapat hasil, peluang kerja bertambah, gaji naik dan ekonomi pun makin rancak. Jadi, daripada kita terus sangsi, lebih baik kita tengok bukti dan sokong apa yang baik untuk masa depan negara.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM