Connect with us

Oh! Media

Watsons X Cantopop Super Boy Band MIRROR Ajak 18 Juta Ahli Watsons Untuk Sama-Sama GO GREEN!

Oh! Lifestyle

Watsons X Cantopop Super Boy Band MIRROR Ajak 18 Juta Ahli Watsons Untuk Sama-Sama GO GREEN!

Peka dengan penjagaan alam dengan isu, Watsons telah melancarkan kempen GO GREEN dengan usaha sama bersama MIRROR.

ADVERTISEMENT

Kempen ini bertujuan memberi inspirasi terhadap 18 juta ahli Watsons bagi sama-sama memupuk amalan Go Green yang merentasi 4 pasaran Asia termasuk Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan Singapore! Wow, idea yang bagus ni!

Usaha Sama Dengan MIRROR,  Bersama Memupuk Amalan Go Green

Kalau korang nak tahu, MIRROR merupakan kumpulan boygroup yang berasal dari Hong Kong dan mula ditubuhkan pada tahun 2018. MIRROR mula dikenali ramai dan mendapat pengikut sehingga 400 ribu!

Kini, MIRROR telah menjalinkan usaha sama bersama dengan Watsons dan bersama-sama untuk menggalakkan pelanggan membuat tindakan positif dalam kehidupan seharian mereka supaya dapat membuat pilihan yang melestarikan alam sekitar. WOW! 

“Let’s Go Green with Mirror” Beri Peluang Pada Masyarakat Melestarikan Alam Sekitar

Seiring dengan usaha “GO GREEN”, Watsons juga memberi peluang kepada korang untuk bersama-sama melestarikan alam dengan “Let’s Go Green with Mirror”.

Antara aktivitinya ialah muat naik gambar misi program ini dan menanam pokok secara alam maya dengan syarat korang berjaya selesaikan ketiga-tiga misi  untuk memenangi ganjaran  dengan konsep kelestarian alam pada 24 Mac 2023. Korang boleh join program ini di halaman aplikasi Watsons Malaysia… Mudah kan? 

Lagi best, korang juga berpeluang untuk memenangi “Go Green with Watsons Beauty Box” bersama-sama dengan produk paling laris iaitu pencuci muka Korea Beplain dan pelitup muka yang bernilai lebih dari RM200! 

Macam mana nak menang? Mudah je:

1. Ambil gambar pada papan iklan “Go Green with Mirror” yang berada di Pavilion Kuala Lumpur

 2. Muat naik gambar tersebut pada akaun Facebook atau Instagram masing-masing

3. Jangan lupa hashtag #GoGreenWithWatsons & #GoGreenWithMirror

Taman Hijau Rendah Karbon Secara Alam Maya

Pernah tak korang terfikir, macam mana agaknya kalau tanaman hijau ni dilakukan secara alam maya? Haa, kalau korang nak tahu, usaha Watsons untuk memupuk amalan ‘hijau’ dalam diri masyarakat ni bukan biasa-biasa tau! Watsons telah  mencipta satu permainan yang membolehkan ahli Watsons mencipta Taman Hijau secara alam maya. Canggihnya! 

Antara aktiviti yang terdapat dalam siri permainan ini seperti menyelesaikan tugasan amalan ‘hijau’ seperti menjawab soalan mudah atau muat naik gambar berkaitan amalan ‘hijau’ pada platform media sosial masing-masing selama 6 minggu. 

Oleh itu, pelanggan Watsons dapat menerapkan amalan melestarikan alam melalui “Skip it” (Kurangkan), “Bring it” (Guna Semula) dan “Keep it” (Kitar semula). Aplikasi tersebut kemudian akan menganggarkan penjimatan pelepasan karbon untuk setiap tugas hijau. Setelah itu, Watsons akan menyumbangkan projek penanaman pokok yang berkaitan. Bagusnya!

Cabaran #GoGreenMirrorDance,  Berkonsepkan Gaya Hidup Yang Lebih ‘Hijau’

Korang yang pelanggan Watsons juga boleh join Cabaran #GoGreenMirrorDance di media sosial Watsons. So, sambil dengar lagu “Go Green” dari MIRROR tu boleh la praktis untuk challenge ni jugak!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh muat turun aplikasi Watsons di Google Play Store serta Apple Store dan sama-sama melestarikan alam bersama dengan MIRROR!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas