Connect with us

Oh! Media

Tak Cukup Dengan Koleksi Sebelum Ini? Pusheen The Cat Kembali Dengan Koleksi Duyung Buat ‘Kaki’ Watsons Tak Duduk Diam!

Branded

Tak Cukup Dengan Koleksi Sebelum Ini? Pusheen The Cat Kembali Dengan Koleksi Duyung Buat ‘Kaki’ Watsons Tak Duduk Diam!

Bila dah penat melakukan aktivti seharian, balik je rumah kita mesti nak santai-santai dan rasa tenang je kan? 

Lebih-lebih lagi kalau bilik korang ada tema yang tersendiri atau comel (asyik tema minimalist pun bosan juga). Masuk je bilik terus hilang rasa penat tu… Nikmatnya!

Cakap tentang tema comel, kali ini kami nak share dengan korang koleksi terbaru Pusheen The Cat edisi terhad keluaran Watsons yang pasti ubah imej bilik korang jadi lebih comel! Mesti jadi rebutan kaum wanita dan kanak-kanak punyalah!

8 Koleksi Pusheen bertemakan Duyung yang wajib ada dalam bilik!

1. Pusheen Bedsheet Super Single/ Queen 

Benda yang paling penting bila nak ubah imej bilik ni mestilah kena tukar alas cadar tilam tu dulu! Datang dalam dua rekaan dan saiz iaitu super single dan queen,yang sangat sesuai untuk digunakan tanpa mengira peringkat umur sebab comel dan warna dia pun sejuk mata memandang.. 

[ Harga RM59.40 bagi saiz Super Single dan RM65.40 bagi saiz Queen selepas potongan 40%]

2. Pusheen Satin Eye Mask

Ada tak kat sini yang terganggu jika cahaya ketika nak tidur walaupun cahaya yang sikit? Kalau macam tu, tindakan yang tepat untuk korang ialah dengan membeli penutup mata koleksi Pusheen ni! Terdapat dua pilihan warna dengan corak duyung di tengah (merah jambu dan ungu) yang korang boleh pilih.

Fabrik satin yang digunakan pada penutup mata ini sangat membantu  untuk merehatkan mata selepas stress  bekerja atau sekolah kerana teksturnya yang lembut dan ringan. Memang korang akan tidur nyenyak sampai ke pagi!

[ Harga RM 11.40 setiap satu selepas potongan 40%, murah dah tu!]

3. Pusheen Room Slippers

Nak feeling ala – ala heroin K-Drama bila bangun tidur terus pakai selipar bilik? Jom beli selipar bilik Pusheen ni gais! Selipar bilik pun antara salah satu item yang menjadikan bilik kita ni nampak rapi, kemas dan lebih comel!

[ Harga RM23.40 sepasang selepas potongan 40%]

4. Pusheen Lounge Wear

Kalau setiap hari pakai t-shirt yang sama untuk tidur pun bosan jugak. Korang tahu tak, pemilihan baju yang sesuai untuk waktu tidur pun salah satu perkara penting untuk pastikan korang dapat menikmati tidur yang nyenyak.

Pusheen lounge wear ni sangat sesuai untuk digunakan di dalam rumah kerana ia dibuat lebih longgar dan memberikan korang rasa selesa dan nyaman bila dipakai. Memang menarik!

[ Harga RM 47.40 sehelai selepas potongan 40%]

5. Pusheen Room Diffuser

Bila sebut pasal ketenangan, aroma dan bauan di sesuatu tempat pun antara perkara wajib yang harus diberi perhatian. Pusheen room diffuser ini merupakan salah satu item wajib ada dalam mengubah imej bilik korang lebih relaks dan salah satu soft spot untuk merehatkan badan dan minda. Syoknya!

Bila dapat berehat dengan tenang,bangun keesokkan hari badan terus rasa segar dan mood pun auto boost!! Diffuser ni datangkan dengan dua haruman iaitu White Tea dan Blue Bell. Terdapat dua pilihan warna iaitu merah jambu dan ungu dengan corak yang berbeza. Dua- dua pun comel!

[ Harga RM 29.40 sebotol selepas potongan 40%]

6. Pusheen USB Foldable Fan

Siapa student kat sini? Korang masih berpanas sebab tak boleh bawa kipas di hostel? Tak perlu berpanas lagi!  Pusheen Foldable Fan ni pun boleh bantu untuk hilangkan rasa panas kat dalam bilik korang tu! Saiznya yang sederhana besar memang sesuai untuk diletakkan atas meja study

Kalau korang nak tahu, kipas dari koleksi terbaru Pusheen ni mudah digunakan kerana ia boleh dilipat dan boleh digunakan tanpa wayar kecuali ketika korang membuat pengecasan. Nak cas pun hanya guna kabel USB je. Memang mudah! Warna dan coraknya pun cukup menarik!

[ Harga RM47.40 sebuah selepas potongan 40%]

7. Pusheen LED Mirror

Selain itu, item kedua yang penting buat setiap bilik adalah cermin. Tak kisah lah saiz kecil atau besar, memang menjadi keutamaan bila selepas mandi atau sebelum tidur untuk kita tengok cermin kan? Apa yang best tentang cermin daripada koleksi terbaru Pusheen ini ialah cermin muka ini disertakan dengan lampu LED dua warna pada rangka cermin yang membantu untuk korang bersiap dengan lebih jelas.

Walaupun ia dilengkapi dengan fungsi lampu, tapi berat cermin LED ni hanya 240 gram sahaja tau! Memang sesuai untuk diletakkan atas meja solek/study korang. Cermin ini didatangkan dengan warna merah jambu serta corak duyung Pusheen di bahagian atas cermin. Simple dan comel!

[Harga RM 21.00 selepas potongan 40%]

8. Pusheen Hair Accessories Set

Buat korang yang jenis suka berhias tu, kami cadangkan untuk korang beli set aksesori rambut dari koleksi Pusheen ni. Selain korang beli untuk diri sendiri, korang juga gunakan set ini sebagai salah satu aktiviti korang untuk berhias dengan anak-anak. So, makin kuat lah bonding ibu dengan anak tu. Bestnya!

Nak lihat lagi koleksi Pusheen yang lain? Mestilah ADA!

Selain dari koleksi Pusheen yang melengkapkan bilik tidur korang, Watsons juga mengeluarkan koleksi terbaru seperti desk pad, flask kopi dan set sabun Loofah. Memang korang Pusheen collector lah kalau korang add to cart semua produk ni!

9. Desk Pad

Selain dari hiasan di bilik tidur, korang kena tambah koleksi terbaru Pusheen ni di meja belajar, meja komputer dan laptop korang! Nak buat kerja pun kena lah ada mood kan? Lepas tengok desk pad Pusheen yang comel ni, baru lah boleh fokus dan berfikir dengan tenang!

[Harga RM 15.00 setiap satu selepas potongan 40%]

10. Pusheen Coffee Flask

Lagi best kalau dapat minuman panas time tengah buat kerja kan? Pusheen Coffee Flask boleh didapati dalam dua pilihan warna, merah jambu dan ungu. Sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

[ Harga RM 29.40 setiap botol selepas potongan 40%]

11. Loofah Soap & Sponge Set

Bukan setakat perkakas, hiasan dan pakaian sahaja, koleksi Pusheen juga ada keluarkan set sabun Loofah juga! Walaupun bentuknya comel, tapi sangat bermanfaat untuk kulit  kerana ia membantu untuk mencerahkan tona kulit  yang tak sekata dan berfungsi bagi menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah dan anggota badan.

Set sabun Loofah ini selamat digunakan dan mempunyai bauan Lavender tau. Setiap set didatangkan dengan span muka yang lembut dengan warna merah jambu. Cute kan?

[ Harga RM 25.80 setiap set selepas potongan 40%] [Produk mula dijual bermula minggu ke dua Mac 2023]  

Tunggu apa lagi! Semua koleksi Pusheen The Cat ni korang boleh dapatkan terus di semua cawangan Watsons atau laman web e-dagang (https://www.watsons.com.my/promo-pusheen-lifestyle). Setiap pembelian yang kedua daripada koleksi Pusheen The Cat akan disertakan dengan diskaun 5 peratus dan korang boleh  dapatkannya sementara stok masih ada.

Nak lagi koleksi menarik Pusheen The Cat dengan harga lebih jimat? Muat turun aplikasi  Watsons untuk menikmati potongan harga RM20 bagi pembelian pertama di dengan menggunakan kod promo FIRST 20.

Jom ke Watsons sekarang! Untuk maklumat lanjut terus ke www.watsons.com.my/promo-pusheen-lifestyle dan ikuti Watsons Malaysia di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas