Connect with us

Oh! Media

What’s Your Code? Miliki Bibir Mungil Gaya Dolla Dengan Lip Creme Terbaru Dari C.CODE

Branded

What’s Your Code? Miliki Bibir Mungil Gaya Dolla Dengan Lip Creme Terbaru Dari C.CODE

“Kau tengok tak DOLLA perform semalam? Makeup diorang ons teruk, nampak sweet je semua!”

Perempuan dan alat solek memang tak dapat dipisahkan. Yelah, siapa je yang tak suka kelihatan cantik kan? Barulah boleh up confident diri.

Kali ni, Ohmedia nak kongsikan tentang satu alat kecantikan yang WAJIB ada oleh semua wanita iaitu pewarna bibir. Kalau korang nak tau, pemilihan pewarna bibir ini sangat penting kerana ia dapat membangkitkan persona yang berbeza dalam diri korang.

Disebabkan terdapatkan pelbagai jenis pewarna bibir yang dijual di pasaran, kami pilih nak kongsikan tentang pewarna bibir jenis lip creme lepas melihat ahli kumpulan DOLLA menggunakannya.


Kenali DOLLA, Girls Group Sensasi Masa Kini

Kumpulan DOLLA ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Kumpulan yang terdiri daripada Angel, Syasya,Sabrina, dan Tabby. DOLLA terkenal dalam kalangan peminat tempatan kerana membawakan muzik yang bergenre pop dan lincah menari di atas pentas seperti kumpulan K-pop. 

Selain dari bakat, solekan DOLLA sering menjadi perhatian dan ikutan ramai terutama gadis-gadis muda. Kami perasan setiap kali DOLLA mengadakan persembahan, setiap ahli mempunyai ‘warna’ tersendiri yang membuatkan mereka lebih menyerlah.

Apa rahsia di sebalik pemilihan warna lip creme mereka?

Rahsia Senyuman Manis Gaya DOLLA

Haa, rahsianya adalah DOLLA menggunakan produk keluaran terbaru daripada  C.CODE iaitu C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème! Kalau korang nak tahu, C.CODE merupakan jenama kosmetik eksklusif Watsons.

Uniknya bagi edisi kali ini, jenama C.CODE mengeluarkan produk berasaskan lip creme yang  dapat membantu korang untuk memiliki bibir yang mungil hanya dengan satu produk sahaja. Pilihan warna yang ditawarkan juga lebih banyak kali ini. Syoknya!

17 Pilihan Warna Lip Creme Untuk Bibir Yang Mungil Macam DOLLA

Lagi banyak banyak warna, lebih mudah nak pilih ‘code; yang sesuai dengan kulit wajah!  Sebab itulah, kali ni C.CODE membawakan 17 pilihan warna lip creme yang bersesuaian dengan semua jenis kulit. 

Tujuan utama C.CODE menawarkan pelbagai pilihan warna untuk lip creme semestinya nak berikan korang wanita kat luar sana kebebasan untuk memilih warna yang tepat dengan citarasa, karakter dan mood korang.. 

Lagi menarik tentang C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème ni ialah teksturnya yang ringan pada bibir yang membuatkan korang rasa selesa untuk bercakap, makan dan bebas untuk melakukan aktiviti seharian.

Dengan ketahanan sehingga 24 jam korang tak perlu lagi nak touch up bibir korang sebab lip creme dari C.CODE ni sangat pigmented! Walaupun sampai ke malam,  bibir korang masih kelihatan plump. Malah, warna lip creme korang akan kekal bold. Bagusnya!

C.CODE Ketengahkan Bakat Gadis Lokal Berjiwa Artistik 

Korang dah tonton video DOLLA X C.CODE  untuk kempen terbaru ni? Nampak swag dan colorful kan video tu? Haa kalau korang nak tau, selain DOLLA C.CODE turut bekerjasama dengan gadis lokal yang cukup berbakat dalam menghasilkan seni mural dan artistik ni iaitu Dewi Miyo. 

Siapa sangka gadis cantik dan muda seperti Dewi ni mempunyai bakat besar untuk bersama-sama memberi nafas baru bagi produk C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème ini! Memang kreatif! Patutlah dah semakin ramai para wanita di luar sana menyokong produk dari C.CODE..

Jom Cantik Macam DOLLA Dan Focus On Making You, You!

Psst..psst.. DOLLA nak ajak korang untuk rasai sendiri pengalaman menggunakan C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème dengan pelbagai warna yang pasti korang akan tertarik.

Jom dapatkan C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème secara eksklusif hanya di Watsons. Dengan bermodalkan RM26.90 sahaja, korang dah dapat bibir yang mungil persis DOLLA! Lagi menarik, anda boleh menikmati promo diskaun sehingga 25% untuk lip creme ni sehingga 26 Disember 2022!

Nak tambah lagi produk kosmetik C.CODE yang lain? Korang boleh ikuti C.CODE di Facebook dan Instagram untuk pilih produk apa yang korang berminat. 

Bila dah tahu apa yang nak dibeli, korang boleh download aplikasi Watsons atau klik di SINI dan beli secara atas talian. Kan senang!

Tunggu apa lagi? Jom sahut cabaran DOLLA dan miliki rangkaian produk C.CODE Cosmetics hari ini.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas