Connect with us

Oh! Media

Arwah Mamat Khalid Sempat Buat Persembahan Terakhir Depan Keluarga

mamat khalid

Oh! Artis

Arwah Mamat Khalid Sempat Buat Persembahan Terakhir Depan Keluarga

Tengah malam tadi kita dikejutkan dengan berita pemergian pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid yang diserang sakit jantung. Berita itu sangat mengejutkan kerana arwah dilihat dalam keadaan sihat dan aktif sahaja sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengarah Mamat Khalid Disahkan Meninggal Dunia

Mohd Khalid Amen Mohamad, anak kepada arwah turut berkongsi bapanya sempat membuat persembahan terakhir di hadapan keluarganya. Abang Mamat Khalid ketika itu sedang bermain ‘keyboard’ lagu ‘Apokalips’ menghiburkan keluarganya di kafenya, Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum terdiam.

Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam. Dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu.

Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Papa memang ada sakit jantung.

Arwah Mamat Khalid sepatutnya mulakan pergambaran telemovie ‘Kampung Pisang Berbuah Dua Kali’ minggu hadapan

Nampaknya hasrat arwah abang Mamat untuk mensajikan kepada kita lebih banyak karya teragungnya tidak kesampaian. Ini sememangnya satu kehilangan yang amat dirasai. Terima kasih abang Mamat kerana telah menghiburkan kami dengan karya-karya hebat sepanjang anda bersama kami. Al-Fatihah.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas