Connect with us

Oh! Media

Petua Rawat Batuk Dengan Air Sarsi? Ini Penjelasannya

batuk

Oh! Lifestyle

Petua Rawat Batuk Dengan Air Sarsi? Ini Penjelasannya

Baru-baru ini, kes batuk kokol atau Pertussis semakin meningkat di dalam Malaysia sehingga membawa kepada jumlah yang merisaukan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Batuk Kokol Semakin Meningkat, Ini Simptom Dan Rawatannya

Berbincang mengenai penyakit batuk, ramai orang yang mungkin tidak begitu gemar untuk ambil ubat batuk daripada klinik atau farmasi kan?

Jadi, mereka akan lebih gemar untuk ambil ubat batuk tradisional yang korang boleh dapat dan ambil di rumah sahaja.

Golongan yang biasanya tidak gemar makan ubat ketika jatuh sakit adalah orang dewasa dengan alasan tidak suka dengan rasa atau tekstur ubat daripada doktor.

Batuk

Tetapi, mereka punya alasan yang agak kukuh. Ini kerana ubat batuk lazimnya akan menyebabkan individu merasa sangat mengantuk sekali gus membantutkan segala aktiviti harian mereka.

Contoh ubat batuk tradisional anda boleh cuba!

Selain dari mengambil ubat preskripsi doktor, tidak salah juga untuk korang mencuba petua-petua lama ini untuk merawat kondisi batuk korang:

  • Air kosong
  • Aiskrim vanila
  • Air garam
  • Air halia
  • Air kunyit
  • Air kayu manis
  • Air limau nipis
  • Asam jawa
  • Madu asli
  • Sup ayam
  • Yogurt

Air sarsi, ubat batuk tradisional yang berkesan?

Selalu kita dengar petua dan mitos yang mendakwa minum air sarsi boleh membantu merawat kondisi batuk korang, betul ke?

Batuk

Penyediaannya adalah air sarsi itu perlu direbuskan terlebih dahulu di atas api sehingga ia mula mendidih dan menggelegak sebelum diminum sebagai minuman seperti biasa.

Untuk pengetahuan korang, air sarsi atau sarsaparilla itu diperbuat daripada sejenis akar Smilax ornata atau Smilax officinalis sebagai air minuman bergas dan amat popular di rantau Asia.

Jika dilihat dari sudut logik, memang benar akar ini memiliki sifat antioksidan, antiradang dan antimikrob. Ia bagus untuk tubuh badan manusia jika dimakan atau diminum secara semula jadi.

Namun, persoalannya benarkah air sarsi dengan suhu suam itu mampu membantu merawat batuk atau hanya satu mitos?

Pendapat pakar tentang petua ini

Sebenarnya, masih belum ada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa air sarsi memang benar dapat membantu merawat masalah batuk jika diambil sebagai minuman atau ubatan.

Menurut pandangan pempengaruh kesihatan popular media sosial yang dikenali dengan nama drwanshare, petua ini amat menarik tetapi masih memerlukan kajian lanjutan untuk benar-benar lebih pasti.

Batuk

Malah, mungkin benar ramuan utama di dalam minuman itu mampu memberikan kesan baik kepada tekak yang mengalami masalah.

Sementara itu, individu mungkin tidak perlu risau untuk mencuba kerana pengambilan air ini sebagai ubatan atau minuman biasa tidak wujud kesan sampingan yang harus kalian bimbangkan.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kalau min tak kerja dgn Oh! Media, mungkin min akan jadi Menteri Kewangan Malaysia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • batuk
  • batuk

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas