Connect with us

Oh! Media

Nak Gambar OOTD Yang Cun Sempena Raya Aidiladha? Ini 5 Masjid Cantik Yang Korang Boleh Bergambar

masjid

Oh! Lifestyle

Nak Gambar OOTD Yang Cun Sempena Raya Aidiladha? Ini 5 Masjid Cantik Yang Korang Boleh Bergambar

Bersempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba esok, ini merupakan antara 5 masjid tercantik di Malaysia kerana seni binanya yang unik dan mempunyai identiti sendiri.

ADVERTISEMENT

Korang bolehlah pergi ke beberapa masjid ini bagi menunaikan solat sunat raya dan juga bergambar sebagai tanda kenangan. Jangan lupa bergambar OOTD korang juga tau!

1. Masjid Damansara Perdana, Petaling Jaya

Masjid ini sebenarnya baru sahaja dibuka tetapi telah meraih perhatian dalam kalangan komuniti Muslim kerana rekaannya yang sangat unik dan mempunyai identiti sendiri berbanding masjid berdekatan atau seluruh Malaysia.

masjid

Keistimewaan masjid ini ialah tidak mengguna sebarang penghawa dingin kerana teknik pembinaan yang menyediakan suasana nyaman dan sejuk secara semula jadi. Malah, struktur binaan masjid ini juga memberi fokus kepada ‘industrial design’.

masjid

Masjid ini terletak di kawasan Damansara Perdana yang dikelilingi beberapa kawasan perumahan dan menjadi telah landmark di kawasan tersebut. 

2. Masjid Kampung Baru, Bentong

masjid

Reka bentuk masjid mempunyai nilai estetika yang tinggi tetapi masih mengekalkan ciri-ciri seni tradisional Islam. Seni reka masjid ini dinspirasikan dari bentuk cengkerang siput laut. 

masjid

Masjid ini dibina oleh arkitek tempatan dengan reka bentuk moden serta sangat minimalis. Difahamkan, gaya rekaan yang lebih moden ini sebenarnya diterapkan untuk menarik lebih ramai generasi muda hadir ke masjid menikmati keindahan seni bina ini.

3. Masjid Sri Sendayan, Seremban

Masjid yang terletak di Seremban ini sebenarnya sering disamakan dengan Masjid Nabawi dan Taj Mahal kerana mempunyai banyak persamaan. Malah, Masjid Sri Sendayan sering dijadikan tumpuan orang ramai setiap kali musim raya untuk bergambar sebagai kenangan.

Kelebihan masjid ini adalah mampu memuatkan 5,000 jemaah dan memiliki pelbagai kemudahan seperti bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna dan bilik pengurusan jenazah. 

masjid

Dari segi seni bina pula, ia mempunyai ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta bongkah jubin sebagai dinding berdekatan mimbar adalah ditempah khas dari luar negara.

Tambahan, suasana masjid dan view yang menakjubkan terutama sekali menjelang senja yang dapat dilihat cahaya kekuningan di sebalik awan.

masjid

4. Masjid Cyberjaya 10, Cyberjaya

Masjid ini bukan sahaja dibina untuk pusat keagamaan tetapi menyediakan pelbagai kemudahan untuk komuniti setempat seperti pusat dialisis, bilik pendidikan dan taman yang dipenuhi dengan lanskap.

masjid

Seni reka masjid ini yang menggabungkan elemen-elemen tradisional seperti kayu, batu-bata dan konkrit dapat dilihat pada setiap sudut masjid ini. Kelebihan masjid ini juga mampu memuatkan seramai 2,000 orang jemaah.

Struktir binaan dalaman yang minimalis dan cantik serta sesuai untuk pelbagai majlis keagamaan. Kesitimewaan bumbung Masjid Cyberjaya 10 yang dibina secara berlapis sangat sesuai dengan cuaca panas di negara kita ni.

masjid

Malah, teknik seni bina yang memfokuskan pengudaraan dan pencahayaan memasuki ke ruang dalaman masjid tanpa menggunakan tenaga elektrik berlebihan.

5. Masjid Kota Iskandar, Johor Bahru

Masjid ini diberi nama sempena bekas Sultan Johor dan memiliki binaan yang menggabungkan unsur-unsur seni bina Islam tradisional dengan beberapa ciri-ciri moden.

masjid

Terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu pusat bandar Johor Bahru dan menjadi salah satu tarikan pelancong dan penduduk tempat yang wajib pergi. Masjid ini juga mampu memuatkan sehingga 6,000 jemaah.

Dalam pada itu, masjid ini mempunyai keistimewaan yang terletak pada kubahnya yang berwarna biru turquoise yang dapat dilihat dari jauh.

masjid

Malah, kubah ini turut dikelilingi empat kubah yang lebih kecil dan dilengkapi lapan menara dihiasi dengan teknik kaligrafi Islam melengkapkan seni rekaan yang indah.

BACA: #RENUNGAN Masjid Dibina Dengan Bantuan Jin? Ini Adalah 5 Masjid Paling Unik Di Dunia

Kredit: Rileklah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas