Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Masjid Dibina Dengan Bantuan Jin? Ini Adalah 5 Masjid Paling Unik Di Dunia

Oh! Islam

#RENUNGAN Masjid Dibina Dengan Bantuan Jin? Ini Adalah 5 Masjid Paling Unik Di Dunia

Masjid merupakan tempat beribadah buat umat Islam. Kebanyakkan masjid yang dibina selalunya akan terpengaruh dengan budaya di sekeliling.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Kisah Sebenar Syaitan Mengajar Kelebihan Ayat Kursi Pada Abu Hurairah

Tahukah korang bahawa ada dakwaan mengatakan terdapat satu masjid yang telah dibina dengan bantuan jin? Ha, jom kita tengok 5 masjid paling unik di dunia.

Masjid paling unik di dunia

masjid

1. Masjid Nasir Al-Mulk, Iran

Masjid ini dikenali sebagai The Pink Mosque dan menjadi tarikan pelancong kerana rekaannya yang unik. Masjid Nasir ini digelar sedemikian kerana kebanyakan seni dalamannya menggunakan warna merah jambu.

Cahaya matahari yang memasuki kaca berwarna pada setiap tingkap masjid akan menghasilkan bayang-bayang yang sangat cantik.

masjid

2. Masjid Hassan II, Maghribi

Dengan seni bina yang tersergam indah, Masjid Hassan II ini memiliki menara setinggi 210 meter dan dilengkapi pancaran laser menerangi kawasan sekitarnya.

Ia juga mempunyai dinding yang diperbuat daripada marmar yang berkualiti tinggi. Kalau pergi sana, siap boleh nampak pemandangan laut juga tau!

masjid

3. Masjid Faisal, Pakistan

Beralih ke negara Pakistan, Masjid Faisal merupakan masjid yang terbesar di negara itu. Selalunya masjid mempunyai kubah bukan? Akan tetapi, masjid ini mempunyai reka bentuk berstruktur khemah dan dikelilingi empat menara.

Jadi tak hairanlah banyak pelancong asing datang melawat masjid yang cantik ini.

masjid

4. The Blue Mosque, Turki

Masjid Biru atau dikenali sebagai The Blue Mosque merupakan tumpuan utama pelancong ketika melawat ke Istanbul, Turki. Kubah besar yang dimiliki masjid itu mempunyai 20,000 jubin izni biru yang bercorak bunga, pokok dan pola abstrak. Dinding biru masjid itu juga dilukis dengan tangan.

Psst, kalau nak tahu masjid ini telah dibina sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah, Ahmed I pada tahun 1609-1616 lagi!

masjid

5. Masjid Tiban Turen, Indonesia

Ingat tak kami ada sebut mengenai masjid yang dibina dengan bantuan jin? Ha, ini adalah masjid yang dikatakan iaitu Masjid Tiban Turen.

Masjid yang berwarna putih dan biru ini dikatakan muncul secara ‘tiba-tiba’ di kawasan perumahan yang padat dengan penduduk. Paling musykil tiada satu pun penduduk mengetahui aktiviti pembinaannya. Tapi itu adalah kisah yang unik mengenai pembinaannya.

Ha, masjid dah banyak yang cantik-cantik tapi kalau kosong tak guna juga bukan? Apa lagi, moh ler ke masjid!

Kredit: Aliffchannel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas