Connect with us

Oh! Media

Ini Petua Hilangkan Sakit Tekak Tanpa Perlu Ambil Ubat Atau Jaga Makan

sakit tekak

Oh! Lifestyle

Ini Petua Hilangkan Sakit Tekak Tanpa Perlu Ambil Ubat Atau Jaga Makan

Pelbagai punca dan faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah sakit tekak.

ADVERTISEMENT

Kesakitan itu hingga menyebabkan tekak korang terasa pedih sampai ingin bercakap dan mengeluarkan suara pun kurang berdaya.

Bukan sahaja sukar untuk bercakap, menelan air liur juga akan menjadi satu perkara yang susah dan sakit untuk dilakukan.

Antara punca yang menyebabkan korang mempunyai masalah sakit tekak ialah reaksi alergi, udara yang tercemar atau disebabkan oleh penyakit refluks asid perut.

Sakit Tekak

Ada beberapa petua atau cara hilangkan sakit tekak kering tanpa memerlukan korang untuk ambil ubat atau jaga makan!

Petua hilangkan sakit tekak dengan cepat

Selain dari berjumpa dengan doktor, ada banyak petua hilangkan sakit tekak dengan cepat. Kadangkala, membiarkan sahaja untuk ia pulih sendiri akan makan masa.

Jika korang berjumpa dengan doktor sudah tentu mereka akan sarankan ubat sakit tekak paling berkesan seperti lozeng sakit tekak atau ubatan antiradang.

Sakit Tekak

Manakala, ada juga petua orang lama dan cara tradisioanal yang popular untuk digunakan bagi menghilangkan sakit tekak. Antaranya ialah:

  • Air suam
  • Air garam
  • Akar manis
  • Bawang putih
  • Cuka epal
  • Madu
  • Pudina
  • Serbuk penaik

Sakit tekak akibat udara yang terlalu kering?

Sebenarnya, faktor atau punca yang menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah sakit tekak adalah kerana ,faktor udara di sekeliling korang telah diabaikan.

Udara yang terlalu kering merupakan punca utama kepada ketidakselesaan pada tekak. Dalam pada itu, jika korang kurang minum air kosong atau sebarang cecair lain sepanjang hari ia juga menyebabkan tekak korang terasa kering.

Tidak perlu ambil ubat atau jaga makan?

Untuk pengetahuan korang, penggunaan air humidifier di dalam rumah terutama kamar tidur itu sangat bagus.

Sakit tekak

Selain meningkatkan lagi kelembapan bagi mengelakkan masalah tekak kering, ia juga boleh melembutkan tisu-tisu tekak dan hidung yang membengkak akibat masalah sama.

Bukan sahaja ia boleh menjadi salah satu petua hilangkan sakit tekak dengan cepat, malahan ia turut akan membantu tidur anda menjadi lebih lena tanpa perlu risau masalah pada tekak.

BACA: Cara Untuk Menghilangkan Kahak Di Tekak

Sebelum ini kami ada kongsikan cara untuk menghilangkan kahak dengan berkesan bagi mereka yang mengalami masalah batuk sehingga sukar mengeluarkan kahak. 

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kalau korang masih batuk and dah cuba macam-macam ubat maybe korang boleh try cara ni pulak #sarsi#ubat#batuk#tradisional#ohlifestyle#ohmedia

♬ Japanese-style dramatic piano song – スタジオ Music Rabbit

  • sakit tekak
  • sakit tekak

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas