Connect with us

Oh! Media

Ini Cara Berkesan Hilangkan Tompok Putih Di Dinding Rumah, Nampak Macam Baru Cat

Cat Putih

Oh! Lifestyle

Ini Cara Berkesan Hilangkan Tompok Putih Di Dinding Rumah, Nampak Macam Baru Cat

Korang perasan tak dinding rumah lama-kelamaan akan menjadi tompok-tompok putih seakan-akan berkulat? Keadaan ini semestinya akan mencacatkan pemandangan rumah sampai sakit mata dibuatnya.

BACA: Cili Kisar Berkulat? Ini Tips Mudah Nak Simpan Agar Boleh Tahan Lama!

Menurut laman web Bina Paint, keadaan efflorescence berlaku berpunca daripada keadaan dinding yang lembab, menggunakan cat yang kurang berkualiti, terlebih campur air, guna cat untuk dalaman di bahagian luar atau tak letak sealer.

IKLAN

Bila dah jadi macam ni? Apa cara terbaik untuk hilangkan kesan tu? Jom ikuti tips ringkas daripada pengguna TikTok Siti Zainun ini, dinding akan naik ‘seri’ macam baru dicat!

Menurutnya, untuk menghilangkan kulat di dinding rumah, dia lap menggunakan campuran cuka makan, pewangi lantai dan minyak johnson. Masukkan campuran ke dalam baldi berisi air. Lap menggunakan spin mop untuk lebih cepat.

@sitizainun2 #viral #fyp ♬ original sound – Siti Zainun

Meninjau ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang menghadapi masalah yang sama. Ada yang kata walaupun dah guna cat mahal, masalah dinding bertompok putih tetap ada.

Whatsapp image 2022 04 28 at 111440 am
Whatsapp image 2022 04 28 at 111451 am
Whatsapp image 2022 04 28 at 111500 am

Sementara itu, netizen yang dah cuba tips ini berkata dinding tahan cantik selama dua tahun tanpa perlu lap lagi. Malah, dinding juga kelihatan seperti baru!

Wah, bolehlah cuba tips ini untuk bersihkan rumah sempena raya kan? Selamat mencuba!

Kredit: TikTok Siti Zainun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas