Connect with us

Oh! Media

Cili Kisar Berkulat? Ini Tips Mudah Nak Simpan Agar Boleh Tahan Lama!

berkulat

Oh! Lifestyle

Cili Kisar Berkulat? Ini Tips Mudah Nak Simpan Agar Boleh Tahan Lama!

Biasanya kalau dekat dapur, mesti setiap minggu ada hari yang khas mak-mak akan blend cili kering untuk dijadikan cili kisar kan? Yang tak bestnya, kadang-kadang tu cepat je cili kisar yang disimpan busuk atau berkulat.

ADVERTISEMENT

Korang jangan risau! Kalau ada masalah macam ni, hari ini Oh! Media nak kongsi satu tips dari Safika Sadali, cara-cara nak simpan cili kisar supaya bertahan lebih lama. Jom!

berkulat

1. Sediakan cili kering dan bawang putih

Okay siapa yang dah biasa buat cili kisar ni, korang mesti tahu apa yang perlu dibuat, kan? Pertama sekali, sebelum korang rebus cili kering tu, korang kena gunting-gunting cili supaya senang biji lada nak keluar masa direbus.

Dah siap gunting, korang boleh mula rebus cili kering tadi dengan 5 ulas bawang putih. Jangan banyak sangat pula letak bawang putih ni tau, nak cukup syarat je! Hehe.

berkulat

2. Campur dengan minyak masak

Okay ni dia tips untuk buat cili kisar jadi tahan lebih lama, korang boleh kisar cili kering menggunakan minyak masak! Tak kisah nak guna minyak masak jenis apa pun, yang pasti jangan guna air. Korang agak-agak je berapa banyak nak guna, asal boleh dikisar okay! Cara ini boleh buatkan cili kisar korang jadi tahan lebih lama.

Bila tahan lama, nak buat sekali banyak pun dah tak risau. Nak masak tinggal ambil je dekat peti ais. Mudah, kan?

berkulat
No photo description available.

3. Simpan guna bekas kedap udara

Tips kedua untuk buat cili kisar tadi tahan lebih lama, korang kena simpan cili kisar dalam bekas kedap udara!

Korang simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Cara ini boleh buatkan cili kisar korang tahan lebih kurang dalam 3 minggu! Dah jimat masa, tak perlu nak kena kisar setiap minggu.

berkulat

Jadi, apa tunggu lagi? Boleh lah mula gunting cili kering dan mula mengisar! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas