Connect with us

Oh! Media

Ini 7 Tip Bagi Menjimatkan Perbelanjaan Sewaktu Majlis Perkahwinan Anda Agar Tidak Menyesal

perkahwinan

Oh! Lifestyle

Ini 7 Tip Bagi Menjimatkan Perbelanjaan Sewaktu Majlis Perkahwinan Anda Agar Tidak Menyesal

Setiap pasangan yang bakal berkahwin sudah pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang diidam-idamkan.

ADVERTISEMENT

Ada juga yang tak kisah jika berbelanja lebih hanya kerana mahu mengikut tema perkahwinan yang diimpikan memandangkan ia adalah kenangan indah sekali seumur hidup.

Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada bajet setiap pasangan agar tidak terjebak dalam masalah hutang.

Bagi mengelak dari perkara tidak diingini berlaku, bakal pengantin perlu merancang dengan bijak perbelanjaan majlis perkahwinannya.

Berikut merupakan tip dan panduan untuk menjimatkan perbelanjaan sewaktu merancang hari bahagia anda:

Tetapkan bilangan tetamu

Pasangan yang bakal berkahwin perlu mengutamakann kehadiran ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat dahulu untul mengahdiri hari bahagia anda.

Bagi memudahkan jemputan, anda boleh membuat senarai tetamu yang bakal hadir.

perkahwinan

Survey servis katering dan pelamin

Anda perlu rajin membuat survey untuk dua perkara ini. Malah, anda juga boleh minta bantuan dari rakan-rakan untuk rekomendasi dari mana-mana syarikat yang menyediakan pakej perkahwinan.

Secara tidak langsung, anda dapat membuat perbandingan dan memilih yang terbaik mengikut bajet anda.

Majlis nikah dan sanding serentak

Untuk menjimatkan kos, upacara akad nikah boleh diadakan pada waktu pagi manakala persandingan pula pada sebelah tengahari.

Tambahan, banyak wang dapat dijimatkan seperti kos sewa venue, persalinan dan katering.

 Persalinan

Cukup sekadar menempah satu sahaja persalinan baharu untuk majlis akad nikah manakala untuk persalinan sanding pula, pilihlah untuk mengenakan busana yang disewa.

Ataupun berbincanglah dengan pereka fesyen anda untuk membuat persalinan 2 in 1.

perkahwinan

Hantaran

Anda boleh menonjolkan kreativiti dengan menggubah sendiri hantaran atau meminta pertolongan rakan mahupun ahli keluarga.

Dekorasi hantaran itu tidak perlu bunga-bungaan segar, sebaliknya gantikan dengan bunga hiasan plastik atau mengikut kreativiti anda.

Cenderahati (doorgift)

Untuk cenderehati, anda tidak perlu berbelanja wang yang banyak. Cuba minimakan kos dengan membeli sesuatu yang sesuai untuk semua golongan tetamu.

Bonus sekiranya anda pandai membuat kek atau biskut, balut cantik-cantik untuk dijadikan doorgitf.

Fotografi

Ramai jurufoto menawarkan pakej dengan potongan harga pada waktu-waktu tertentu. Sebaiknya lakukan survey beberapa bulan sebelum majlis berlangsung, bukanlah pada waktu saat akhir.

perkahwinan

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • perkahwinan
  • perkahwinan

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas