Connect with us

Oh! Media

Guna Aplikasi Ini Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan

Ohmedia  Kamera

Oh! Lifestyle

Guna Aplikasi Ini Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan

Seperti yang kita ketahui, sudah banyak kes berkaitan dengan penemuan kamera tersembunyi, tambah-tambah lagi di tempat penginapan.

Ada kes kamera disorokkan di dalam jam dinding, tombol pintu malah di ruang atau kawasan yang langsung tidak dijangka.

Perkara ini amat merbahaya dan boleh menimbulkan kerisauan orang ramai mengenai isu privasi dan keselamatan jika ia tidak diambil perhatian serius pihak berwajib.

IKLAN

Sementara itu, setiap daripada kita mengambil langkah lebih berhati-hati terutama apabila menginap di mana-mana tempat penginapan.

Kamera

Antara salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memuat turun aplikasi Hidden Camera Detector.

Menurut individu yang berkongsi solusi ini di Twitter, aplikasi berkenaan yang boleh dimuat turun secara percuma, mampu berfungsi seperti alatan pengesan (device) yang banyak dijual di platform e-dagang dalam talian ketika ini.

Selepas memuat naik aplikasi tersebut, langkah pertama yang perlu dilakukan ketika masuk ke tempat penginapan adalah:

  • Tutup semua lampu dan langsir supaya keseluruhan ruang gelap.
  • Buka aplikasi dan cuba cari di setiap sudut, setiap alatan, setiap perkara di dalam bilik untuk mengesan sebarang cahaya. Selain fungsi Infra Red, guna juga fungsi Detect Wired Camera untuk periksa.
  • Jika terjumpa, langkah pertama adalah rakam semua bukti yang dijumpai dan hubungi pihak berkuasa, bukan pihak hotel.
  • Tunjukkan bukti apabila pihak berkuasa datang.
  • Buat laporan polis.

m

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 2304028
  • Ohmedia  Kamera
  • 2304028
  • Ohmedia  Kamera

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas