Connect with us

Oh! Media

Gaji Pengadil Bola Sepak Piala Dunia Sikit! Korang Yakin?

pengadil bola sepak

Oh! Lifestyle

Gaji Pengadil Bola Sepak Piala Dunia Sikit! Korang Yakin?

Kehangatan Piala Dunia 2022 Qatar semakin dirasai selepas ia akan memasuki saingan 16 pasukan terbaik dunia pada 9, 10 dan 11 Disember 2022 ni.

ADVERTISEMENT

Apapun, korang pernah tertanya-tanya tak berapa agaknya gaji pengadil bola sepak? Kita biasa dengar gaji pemain bola jer yang lumayan tapi gaji seorang pengadil bola sepak tahap antarabangsa macam Piala Dunia ni pun lumayan juga dan boleh bergelar jutawan tau…

Pengadil Piala Dunia FIFA terima pampasan besar

Memetik laporan Sporting Free, pengadil dari konfederasi bola sepak menerima jumlah pampasan yang besar apabila bertugas ketika Piala Dunia.

Berdasarkan data Piala Dunia 2018 di Rusia, setiap pengadil mendapat bayaran gaji pokok sebanyak RM313,600 (USD70,000). Pembantu pengadil juga dapat bayaran gaji pokok yang agak lumayan iaitu sebanyak RM112,000 (USD25,000).

Pengadil akan dapat bayaran lebih jika…

Tidak cukup lagi tu, pengadil dilaporkan akan dibayaran sebanyak RM13,440 lagi bagi perlawanan peringkat kumpulan dan tambah RM44,800 lagi bagi perlawanan peringkat kalah mati.

Jadi adakah pengadil boleh jadi jutawan? Jika mereka terlibat sebagai pengadil dari awal hingga akhir perlawanan Piala Dunia, mereka akan dibayar sehingga RM1,344,000. Amacam? Menyesal pula tak simpan cita-cita nak jadi pengadil bola sepak Piala Dunia masa kecik dulu, kah!

Kredit: Sporting Free

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas