Connect with us

Oh! Media

Cuba 2 Losen Di Pasaran & Ini Keputusan Yang Kami Dapat, Korang Kena Try!

Branded

Cuba 2 Losen Di Pasaran & Ini Keputusan Yang Kami Dapat, Korang Kena Try!

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  kita semua berada di rumah tapi tidak melupakan rutin penjagaan kulit. Hasilnya kulit masih berseri dan terjaga. Tetapi sejak semakin bebas untuk bergerak ke sana-sini, kulit mula menjadi kusam dan rosak! 

Ini kerana kawasan persekitaran menyebabkan kulit kita jadi kusam dan rosak. Kami mencari  di pasaran yang mampu memulihara kulit kusam dan rosak dengan bahan-bahan semula jadi. Jom tengok apa  pilihan kami?

Kami mulakan dengan losyen NIVEA 10 Super Vitamins & Skin Foods, jom tengok apa  kandungannya. Sama dengan nama produk ia mempunyai multivitamin termasuk Vitamin C dan Niacinamide (Vitamin B3), ia dikatakan mempunyai 100x kuasa pemulihan dengan gabungan yang sempurna iaitu Vitamin C dan Niacinamide (Vitamin B3) yang bekerjasama untuk memulihara dan melindungi kulit kami.

Niacinamide berfungsi memulihara dan membantu mengurangkan pori kelihatan lebih kecil dan garis halus. Manakala Vitamin C adalah bahan antioksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas di persekitaran luaran yang menyebabkan kulit kusam dan rosak. Dengan pemakaian berterusan 7 hari, kulit akan nampak lebih muda berseri.

 Jenama X baru yang dikatakan 10x kuasa Vitamin C daripada Glutathione. Namun, daripada penyelidikan kami Glutathione adalah satu bahan yang akan berfungsi dengan optimum jika digabungkan dengan Vitamin C.

Jadi kami cuba kedua-dua jenama ini untuk membandingkan yang mana lebih berkesan. Pertamanya, dari segi tekstur, NIVEA 10 Super Vitamins & Skin Foods lebih pekat berbanding jenama X. Tapi apabila disapu, ia cepat meresap dan tidak melekit! Jenama X pula kelihatan lebih tinggi kandungan air dan cair, tapi adakah cukup melembapkan?

Secara peribadinya kami lebih menyukai losyen Vitamin NIVEA Super 10 ini, baunya wangi, cepat meresap, senang diratakan ke seluruh permukaan kulit dan tidak melekit, tu paling penting. Hari-hari pun excited nak pakai, tak jemu sebab puas hati dengan teksturnya. 

Kemudiannya, kami membandingkan kelembapan kedua-dua  ini.

Perbezaan ketara selepas 1 jam

NIVEA 10 Super Vitamins & Skin Foods jauh meninggalkan jenama X dari segi memberi ketahanan dan kelembapan pada kulit selepas 1 jam dalam bilik dengan penyaman udara. Boleh nampak kan perbezaan kerana perbezaan tekstur,  kuasa lembapannya juga berbeza. NIVEA mencatatkan tahap lembapan 44.6% manakala jenama X hanya 27%. NIVEA sangat-sangat melembapkan berpanjangan tapi tidak melekit. Selesa je.

Jenama X teksturnya lebih cair, dan apabila dipakai, kulit kembali terasa kering lebih cepat. Pada mulanya kami menggunakan jenama X ini dan berharap  ini berkesan melembapkan kerana teksturnya yang cair. Tapi, hampa dengan keputusannya. Kemudian, bertukar kepada  NIVEA semula. Kuasa lembapannya jauh berbeza! Kekal berpanjangan seharian. 

Lain betul dari  NIVEA, pakai je, seharian masih terasa lembap dan wangiannya pun selesa dihidu. Kuasa kelembapannya berpanjangan seharian, bukan senang nak dapatkan  macam ni. Bagi mereka dengan kulit kering, ditambah pula dengan kesan penyaman udara memang kena kelembapan tambahan untuk kulit.

Bahagian badan yang disapu dengan  NIVEA menunjukkan hasil positif, lebih lembap, cerah dan anjal.

Kagum dengan kesan dari pemakaian  ini, kami dapatkan juga varian  dari NIVEA yang lain. Harganya juga berpatutan dan mampu milik, sangat berbaloi dengan kesannya.

Selain daripada losyen NIVEA 10 Super Vitamins & Skin Foods, NIVEA ada juga dua lagi Losyen Vitamin yang berkesan iaitu Losyen Vitamin NIVEA C&E dan  Losyen Vitamin NIVEA C&A. Kedua-dua  vitamin ini ada fungsi yang berlainan mesti boleh menyelesaikan apa jua masalah kulit anda. 

Losyen  Vitamin NIVEA C&E

Tak terhenti di situ, kami teruskan dengan mencuba rangkaian lain dari NIVEA. Losyen Vitamin NIVEA C&E yang pernah mendapat review positif di laman sosial. Ramai yang sudah berpuas hati dengan kesannya.

Losyen Vitamin NIVEA C&E  ini mengandungi 50x Vitamin C untuk memulihara kulit kusam manakala Vitamin E bermanfaat untuk kuasa melembap. 

Kombinasi Vitamin C & E kulit lebih lembap berseri dalam 7 hari. Selamat tinggal kulit kusam tidak bermaya dan kering!  Teksturnya menyegarkan dan tidak melekit selain cepat menyerap. Bau oren yang segar juga menjadikan  ini kegemaran ramai.

Losyen Vitamin NIVEA C&A

NIVEA turut memperkenalkan NIVEA C&A Vitamin Lotion. Losyen ini pula gabungan Vitamin C memulihara kulit dan 100x Vitamin A melicinkan kulit. Untuk mereka dengan tona kulit tidak sekata dan kusam, inilah losen untuk korang cuba. 

Apabila digunakan secara konsisten, hasilnya boleh dilihat dalam 7 hari. Dengan rumusan formula bahan terbaik, keputusan secepat itu bukanlah mustahil.

Teksturnya seakan yogurt, sejuk dan nyaman apabila dipakai. Langsung tidak melekit dengan penyerapan cepat. Harumannya tidak terlalu kuat, sesuai digunakan seharian.

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembap dan berseri memerlukan masa. Cuma perlu sentiasa konsisten dalam penggunaan. Losen NIVEA terbukti berkesan, dengan tekstur mudah diserap dan tidak melekit. Sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak menjaga kulit. Korang kena cuba sendiri!

Ketiga-tiga rangkaian  NIVEA ini boleh didapati dalam 3 saiz iaitu 70ml, 180ml dan 320ml. Saiz yang pelbagai ini memberikan keselesaan untuk kekal melembapkan kulit walau di mana korang berada. Senang je, boleh muat dalam beg tangan. Rangkaian ini boleh didapati di mana-mana peruncit yang berdekatan atau E-Commerce yang anda kegemaran Watsons, Shopee dan Lazada.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas