Tidak sah kalau zaman kanak-kanak tidak diwarnai dengan kartun daripada DISNEY. Dari kecil lagi, DISNEY menjadi sebahagian dari kehidupan kita untuk berhibur dan belajar nilai moral seperti persahabatan, keberanian menjadi wira dan kepentingan ikatan persahabatan dan kekeluargaan.
Jenama penjagaan kulit terkemuka dunia, NIVEA memperkenalkan rangkaian eksklusif penjagaan bibir edisi terhad NIVEA DISNEY yang menampilkan dua karakter popular Elsa dari Frozen dan Ariel dari Little Mermaid.
Dengan rekaan yang comel, siapa saja pasti akan tertarik untuk mencubanya! Imbas kembali detik-detik Disney anda, korang mesti happy kalau dapat!
NIVEA DISNEY Ariel Pink Melon
NIVEA Disney Ariel Pink Melon Lip Balm ini mempunyai formula unik yang diperkaya dengan ekstrak ‘pink melon’ yang wangi dan sentuhan warna merah jambu lembut. Ia meningkatkan kemerahan semula jadi serta-merta pada bibir dan mengekalkan kelembapan selama 24 jam!
Betapa senangnya untuk dipakai, tak perlu guna cermin pun boleh aplikasikan dengan sempurna. Hasilnya, bibir lebih menawan, lembut dan lembap sepanjang hari.
Bukan sahaja melindungi dari kekeringan, penggunaan lip balm ini juga melindungi dari kerosakan bibir di masa depan. Dengan elemen luar seperti pencemaran dan cuaca tidak menentu, bibir mudah untuk menjadi kering dan kusam. Untuk mengelakkan risiko ini, gunakan NIVEA DISNEY Ariel Pink Melon dengan konsisten. Dengan warna merah jambu lembut, tak perlu pakai gincu pun boleh nampak lebih sihat dan kelihatan bersiap dengan lip balm ini!
NIVEA DISNEY Elsa White Choco
Bagi mereka yang lebih sukakan warna asli bibir dan menyerlahkan lagi penampilan bibir sihat, ini adalah pilihan tepat. NIVEA DISNEY Elsa White Choco mempunyai formula unik dengan haruman coklat putih yang manis, pasti korang pun suka!
Kedua-dua varian ini diadun dengan minyak semulajadi untuk melembapkan dan melindungi bibir dari kekeringan. Untuk hasil maksimum, pakai apabila perlu atau biarkan semalaman untuk impak optimum.
Masih tertanya-tanya kenapa perlu menggunakan lip balm? Banyak sebenarnya kebaikan dengan pemakaian konsisten lip balm ini sebenarnya.
Selain menjadi asas mekap sebelum menggunakan gincu, lip balm juga bertindak sebagai lip primer untuk bibir. Hasilnya gincu lebih senang di aplikasi, lebih cantik dan kekal lama.
Apatah lagi, penggunaan lip balm dengan bahan minyak semulajadi boleh melembapkan kembali bibir.
Tengok pada packaging pun dah jatuh hati, mesti terus rasa nak cuba kan? Lip balm DISNEY x NIVEA ni merupakan edisi terhad dan hanya boleh didapati secara eksklusif di Watson terpilih atau Watsons online bermula November 2022 dengan harga RM19.90.
Jangan lupa dapatkan kedua-dua lip balm edisi terhad ni, promo akan berlangsung dari 24 November hingga 26 Disember 2022 di Semenanjung Malaysia manakala 1 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023 di Sabah & Sarawak.