Connect with us

Oh! Media

Branded

5 Tips Pujuk Anak Liat Mandi, Tak Perlu Sampai Bergaduh

Setiap hari, ‘pergelutan’ yang terjadi kepada ibu bapa sampai riuh-rendah dibuatnya adalah waktu untuk memandikan anak-anak. Tak kiralah walau selepas penat keluar beraktiviti, atau badan belengas dengan makanan di badan, waktu mandi menjadi seolah mimpi ngeri untuk anak-anak.

Jom kami kongsikan 4 cara untuk pastikan mama dan papa tak perlu lagi berdepan dengan cabaran ini setiap hari.

Bagi anak pilihan untuk bersuka-ria ketika mandi

Sudah biasalah anak-anak, pastinya sentiasa mahu bergembira dan bermain setiap masa. Beri peluang kepada si manja untuk memilih mainan ketika mandi contohnya itik getah atau pun bot ketika mandi. Waktu mandi yang seronok menjadikan setiap saat ini akan dinanti-nanti setiap hari.

Gunakan produk penjagaan kulit yang lembut untuk si manja

Anak-anak biasanya mengelak untuk mandi kerana mungkin takut sabun atau syampu yang memedihkan mata. Rasa takut ini membuatkan mereka menangis lalu mengelak untuk mandi dan memberi bermacam alasan.

Ini terjadi disebabkan mereka mengaitkan masa mandi sebagai satu pengalaman yang memeritkan dan menimbulkan trauma tanpa disedari ibu bapa.

Tak perlu risau lagi dengan NIVEA BABY Head to Toe Shampoo & Bath. Produk ini dirumus khas oleh pakar pediatrik dan kulit dari Jerman untuk memastikan produk ini tidak memedihkan mata malah melindungi dan melembutkan kulit si manja secara mendalam dengan formula unik diperkaya dengan ekstrak Calendula.

Nak extra mild lagi? Admin share sikit tentang NIVEA BABY No Tears Shampoo. Produk ni memang dirumus khas untuk kulit bayi yang sensitif. Formula ringan diperkaya dengan Chamomile tidak memedihkan mata and faedah tambahannya ia mengekalkan nilai pH kulit kepala bayi yang seimbang. Produk ni merupakan pilihan pertama Tyara, bayi comel influencer Yaana Lee untuk sesi mandian harian si manja. Mama papa jom cuba!

Kadang-kadang bukan si manja sahaja yang suka, mama papa pun suka pakai! 

Untuk anak-anak berumur 3 tahun ke atas, boleh cuba produk NIVEA Kids. Ia mempunyai dua varian yang kanak-kanak pasti suka, haruman ringan buah-buahan Sparkle Berry dan Magic Apple! Produk NIVEA Kids pula diuji oleh pakar dermatologi dan pakar kanak-kanak dari Jerman. 2 in 1 Shampoo ini diperkaya dengan bahan semula jadi Bio Aloe Vera & Chamomile yang dijamin tidak memedihkan mata anak-anak dan buatkan rambut kusut senang disikat. Tambahan dengan haruman manis, anak-anak tentu suka dan mesti tak sabar untuk mandi setiap hari, mama papa pun happy!

Cipta rutin mandi yang menyeronokkan

Mencipta rutin mandi yang menyeronokkan boleh membuatkan anak-anak tidak membuat alasan apabila perlu mandi. Contohnya sebelum mandi mereka boleh menari dengan iringan muzik irama nurseri kegemaran.

Untuk selepas mandi pula, boleh beri kebebasan kepada anak menyapu losyen sendiri untuk melembutkan kulit. Jadikannya rutin sebelum mereka menyarung pakaian, hulurkan NIVEA BABY Gentle Touch Moisturising Lotion untuk mereka sapukan sendiri di badan. Ia boleh melembabkan kulit sambil melindungi dan menguatkan lapisan perlindungan kulit dengan bahan semulajadi Aloe Vera.

Beri pilihan untuk memilih pakaian sendiri

Selain itu, boleh juga beri pilihan dan kebebasan untuk anak memilih pakaian dengan karakter kartun kesukaan seperti Frozen, Boboiboy, Upin Ipin dan Didi & Friends.

Apabila memberi pilihan sebegini, anak-anak semestinya teruja kerana merasakan suara mereka diambil kira, apatah lagi apabila melibatkan karakter kegemaran mereka. Untuk ini, jangan lupa untuk sediakan beberapa set pakaian karakter kegemaran anak-anak bagi mengelak ulang memakai pakaian sama setiap kali selepas mandi.

Dalam tinjauan yang dijalankan, 99% ibu-ibu bersetuju bahawa mereka percaya rangkaian produk NIVEA BABY kerana bebas pewarna dan paraben. Tambah meyakinkan, rangkaian ini juga dibangunkan dengan kerjasama pakar kulit dan pakar kanak-kanak dari Jerman demi memastikan kualiti terjaga.

Jom cuba produk penjagaan NIVEA untuk berikan si manja perlindungan yang terbaik!

Ikuti Facebook Nivea untuk info dan promosi terkini. Berita terbaik untuk mama papa, NIVEA BABY & Kids ada promosi di SHOPEE daripada 15th – 18th Januari 2023, dapatkan diskaun sehingga 30% dan baucar 15%, termasuk HADIAH PERCUMA. Memang berbaloi! *Sementara stok masih ada.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.

Lagi dalam kategori Branded

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas