Connect with us

Oh! Media

Apa Itu Narsisistik? Ini 5 Tip Apabila Anda Berbual Bersama Dengannya

Narsisistik

Oh! Lifestyle

Apa Itu Narsisistik? Ini 5 Tip Apabila Anda Berbual Bersama Dengannya

Korang pernah tak ada kenalan atau rakan yang sukakan perhatian sepanjang masa? Untuk pengetahuan korang kebiasaanya individu sebegini mempunyai NPD atau narcissistic personality disorder.

ADVERTISEMENT

Apabila berbincang mengenai narsisistik, ramai yang terus teringatkan kepada individu yang terlalu memikirkan diri sendiri.

Tetapi adakah kita benar-benar memahami apa itu gangguan personaliti narsisistik (NPD) dan apakah ciri-cirinya?

Narsisistik

Gangguan personaliti narsisistik (NPD) adalah gangguan mental yang menyebabkan seseorang mempunyai imej diri yang berlebihan, obses dengan kehebatan diri dan kurang empati terhadap orang lain.

Meskipun mereka kelihatan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tetapi sebenarnya individu dengan NPD sebenarnya mungkin mempunyai harga diri yang agak rendah.

Kali ini kami akan kongsikan kepada korang lebih mendalam mengenai individu yang mempunyai gangguan personaliti narsisistik (NPD).

Tanda-tanda individu narsisistik

  • Sentiasa ingin menjadi pusat perhatian
  • Kesukaran memahami dan menghormati perasaan orang lain
  • Sukar untuk menerima kritikan
  • Memiliki harapan yang tidak realistik terhadap orang lain
  • Merasakan diri lebih baik berbanding orang lain

Narsisistik

Tip jika bertemu dengan seorang narsisistik

Dalam pada itu, jika korang bertemu dengan seseorang yang memiliki sifat narsisistik ia boleh menjadi satu perkara yang mencabarkan.

Interaksi mereka boleh membuat kita merasa tidak dihargai, dikritik, atau bahkan dimanipulasi.

Narsisistik

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah dan tip yang boleh diambil untuk memastikan kita menjaga diri sendiri dan berinteraksi dengan cara yang positif:

  • Bina batasan: Korang perlu menentukan apa yang dapat dan tidak dapat anda terima dalam perhubungan, sama ada perhubungan persahabatan, keluarga atau romantik.
  • Dengar tanpa mengesahkan: Korang boleh mendengar tanpa perlu bersetuju dengan pandangan atau perasaan mereka.
  • Jaga diri korang sendiri: Penting untuk menjaga kesejahteraan mental korang sendiri. Jika korang berasa terlalu tertekan, carilah sokongan daripada ahli keluarga, kawan atau pakar.
  • Elakkan konfrontasi: Individu dengan NPD sering kali merasa terancam atau diserang jika dikritik. Elakkan memberikan kritikan langsung dan gunakan pendekatan yang lebih lembut.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Pelik juga kenapa nad Zainal boleh berubah dalam sekelip mata. Tapi itulah manusia tak boleh dijangka.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Narsisistik
  • Narsisistik

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas