Connect with us

Oh! Media

sedekah

Oh! Islam

Sedekah Sepatutnya Secara Sembunyi atau Terang-Terangan? Ini Penjelasan Dari Sudut Pandangan Islam

Seperti yang kita ketahui, bersedekah seharusnya dibuat secara bersembunyi bagi mengelakkan rasa riak dan ujub dalam diri seseorang.

Tetapi mesti korang tertanya bagaimana dengan wang sumbangan yang dibuat majlis dengan penyampaian cek, itu bukankah bersedekah secara terang-terangan?

IKLAN

Kali ini, kami akan kongsikan kepada korang penjelasan dari sudut Islam mengenai bersedekah sepatutnya secara terang-terangan atau bersembunyi.

sedekah

Bagi pembayaran zakat ataupun wang sumbangan untuk apa-apa projek infak yang diagihkan untuk pembangunan, kebajikan dan jihad dalam agama selayaknya diuar-uarkan kepada orang ramai.

Tambahan, sedekah sunat bagi golongan si fakir miskin yang memerlukan bantuan kewangan lebih afdal diberikan secara sembunyi daripada menghebahkan agar memelihara sebarang aib dan maruah mereka.

Namun begitu, bersedekah secara terbuka juga dapat menggalakkan masyarakat untuk berbuat perkara yang sama, tetapi perlu juga menjaga niat kerana risau perasaan menunjuk-nunjuk akan timbul.

Secara umumnya, sedekah merangkumi kategori fardu (zakat) dan sunat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT.

إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِنْ تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Surah al-Baqarah (271)

Potongan ayat (إِنْ تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ) , : “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu” merujuk kepada sedekah fardu. Sementara, potongan ayat (وَإِنْ تُخْفُوهَا): “Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu” merujuk kepada sedekah sunat.[1] 

Malah, para ulama juga bersepakat bahawa ayat ini berkaitan sedekah sunat dengan pemberian secara sembunyi lebih afdal daripada menguar-uarkan kepada orang ramai.

sedekah

Seterusnya, mereka yang memberi sedekah sunat sebagai amalan tambahan, maka ia termasuk antara golongan yang mendapat naungan Allah SWT berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bersabda bahawa Rasulullah SAW bersabda

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ

Maksudnya : “Dan seseorang yang bersedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya”.

Riwayat Bukhari 1423

Hadis berkenaan menjelaskan tentang kelebihan bersedekah secara sembunyi. Ulama berpandangan sedekah sembunyi lebih baik untuk memelihara nilai keikhlasan dan menjauhi perasaan riyak. Sementara sedekah wajib iaitu zakat lebih baik di uar-uarkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, amalan bersedekah ini mempunyai kelebihan dan ganjaran pahala sama ada pemberian secara sembunyi mahupun terang-terangan.

BACA: #RENUNGAN Ini Janji Allah SWT Buat Pemberi Sedekah Di Bulan Ramadan

Sebelum ini kami ada kongsikan kelebihan yang disarankan oleh Allah SWT untuk bersedekah di dalam bulan Ramadhan.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Majlis Tilawah & Manghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-63 yang bermula 19-24 Ogos telah menghimpunkan ramai peserta dari luar negara. Namun yang paling mencuri perhatian adalah peserta OKU penglihatan dari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar yang mengalunkan bacaan Al-Quran secara bertarannum menggunakan Al-Quran Braille. MasyaAllah, semoga menjadi inspirasi kepada kita semua ❤️ #tilawahalquran #malaysia #inspirasi #ohmedia

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • sedekah
  • sedekah

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas