Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Ini Janji Allah SWT Buat Pemberi Sedekah Di Bulan Ramadan

Oh! Islam

#RENUNGAN Ini Janji Allah SWT Buat Pemberi Sedekah Di Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan, umat Islam sering disarankan untuk membuat amalan baik seperti memberi sedekah. Tapi, dalam banyak amalan baik yang lain mengapa mesti sedekah?

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Tarik Balik Sedekah Seolah Makan Muntah Sendiri? Ini Penjelasan Dalam Islam

Hari ini, Oh! Media akan kongsikan sedikit info mengenai janji Allah SWT buat individu yang memberi sedekah ketika bulan Ramadan. Jom, kita semak!

Janji Allah SWT buat pemberi sedekah

sedekah

Selain ibadah utama yang dijalankan, sedekah merupakan amalan yang sangat dinantikan oleh setiap umat Islam ketika bulan yang baik ini. Allah SWT berfirman:

Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Baqarah ayat 261

Selain itu, Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis Qudsi bermaksud:

Setiap amalan manusia akan diganjarankan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman, ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’

Hadis Riwayat Muslim

Bersedekah bukan sahaja tertumpu pada pemberian wang sahaja bahkan ianya meliputi banyak perkara termasuk memberi makan kepada orang yang berbuka puasa. Rasulullah SAW bersabda:

Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya.

Hadis Riwayat At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah

Wah, banyak juga bukan kelebihan bersedekah? Jadi, jom kita tingkatkan amalan baik kita di bulan Ramadan ini!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas