Connect with us

Oh! Media

Penjawat awam

Oh! Islam

Main Kutu Cara Mudah Dan Cepat Untuk Kumpul Duit? Ini Hukumnya Dalam Islam

Main kutu adalah salah satu cara mudah dan cepat untuk kita semua mengumpul duit yang akan disertai oleh beberapa orang dengan jumlah bayaran bulanan tertentu untuk menjayakannya.

BACA : Mufti WP Perjelas Hukum Penggunaan Shopee Pay Later

IKLAN

Mesti ramai yang pernah bermain kutu dan korang tahu tak apa sebenarnya hukum permainan kutu ini dalam Islam? Mari kami share..

Dibenarkan sekiranya jauh dari riba

Bermain kutu adalah dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram dan perkara ini dikatakan sendiri Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Menurut laporan mStar, duit yang diperoleh daripada main kutu ini adalah duit kita sendiri yang juga sedang dikumpul pada masa akan datang. 

Pada pandangan syarak, ia dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah daripada semua ahli yang menyertainya. Maka, setiap bulan semua ahli yang menyertainya akan membayar pinjaman yang mana duit pinjamannya itu akan kembali kepadanya apabila gilirannya tiba untuk mendapatkan jumlah yang disepakati tersebut.

Bagaimanapun, ianya adalah haram sekiranya kutu ini terdapat keuntungan seperti dikenakan yuran apabila ingin menyertai ataupun terdapat pertambahan faedah.

Adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan. Namun demi memastikannya ia terjamin dan bebas daripada kezaliman, maka perlu dipastikan semua ahli yang menyertai ini adalah orang yang beramanah dan boleh dipercayai, dikenali dan membuat akad bertulis untuk kemaslahatan semua.

Ahli yang terlibat juga perlu membuat perjanjian dan akad bertulis sebelum bersetuju bermain kutu. Walaubagaimanapun, permainan kutu ini adalah salah disisi undang-undang yang telah diperuntukkan di dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang kutu 1971.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas