Connect with us

Oh! Media

aurat

Oh! Islam

Keliru Dengan Batas Aurat Sesama Keluarga Tiri? Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

Mesti ada di antara korang yang masih lagi keliru dengan penjagaan aurat sesama keluarga tiri?

Masalah ini kebiasaannya akan terjadi apabila mereka tinggal di bawah satu bumbung yang sama.

IKLAN

Soalan:

Nak tanya macam mana aurat anak tiri saya dengan mak ayah saya? Dan juga macam mana saya dengan menantu lelaki (suami kepada anak tiri saya?).

Jangan risau, kami akan kongsikan pencerahan daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi bagi persoalan berkenaan.

Berdasarkan ayat al-Quran ini, para ulama’ menetapkan hukum wajib menutup aurat bagi orang lelaki dan perempuan. Begitu juga dalam hadith Rasulullah SAW menegur Asma’ Binti Abu Bakar RA:

يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا

Maksudnya: “Wahai Asma! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan).”

Riwayat Abu Daud (4104) dan al-Baihaqi (3218)

Aurat merupakan bahagian tubuh badan yang tidak boleh ditunjukkan oleh lelaki dan perempuan kepada orang lain. Allah SWT telah menetapkan aurat bagi lelaki dan perempuan. Menjaga aurat dan kehormatan adalah wajib, tidak kira di mana sahaja.

(Lihat al-Mausû’ah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah, 31:44)

Sebagai contoh, Ali berkahwin dengan Fatimah dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Aisyah. Kemudian Ali telah bercerai dengan Fatimah dan berkahwin pula dengan Siti. Hubungan antara Siti dan Aisyah adalah hubungan tiri iaitu merupakan Ibu tiri kepada Aisyah. Kemudian Aisyah telah berkahwin dengan Abdullah yang merupakan menantu tiri kepada Siti.

Untuk pengetahuan korang, hubungan antara anak tiri saudari dan bapa kandung saudari bukanlah dianggap sebagai hubungan mahram.

Justeru itu, tidaklah dibenarkan untuk bersalaman kerana tidak terdapat pertalian darah di antara keduanya

Malah, mereka dianggap sebagai ajnabi yang dihalalkan untuk  berkahwin antara satu sama lain sekiranya mencukupi syarat.

Bukan itu sahaja, penting untuk korang memahami batas aurat juga harus dijaga dengan ketat, sebagaimana yang berlaku antara dua individu ajnabi. 

Tambahan, batas aurat antara saudari dan menantu tiri, yang merupakan suami kepada anak tiri saudari, juga harus dijaga sesuai dengan hukum sebagai ajnabi.

Ibn Abbas R.Anhuma menyatakan :

مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَجْهُهَا وَكَفَّاهَا وَإِنَّمَا لَمْ يَكُونَا عَوْرَةً؛ لِأَنَّ الْحَاجَةَ تَدْعُو إلَى إبْرَازِهِمَا وَإِنَّمَا حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِمَا؛ لِأَنَّهُمَا مَظِنَّةُ الْفِتْنَةِ

Maksudnya : “Apa yang zahir daripadanya (wanita itu) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya  kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” 

(Lihat Asna al-Matalib, 1/176)

Sebagai kesimpulannya, hubungan antara anak tiri perempuan dengan bapa kepada ibu tiri serta ibu tiri dengan menantu tiri dianggap sebagai hubungan antara ajnabi. Oleh kerana itu, penting untuk menjaga batas aurat sebagaimana yang telah diperintahkan oleh syarak  kepada individu yang tidak memiliki pertalian darah.

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Maksudnya“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Semoga pencerahan ini bermanfaat buat korang!

BACA: “Hukum Tetap Hukum” – Imam Muda Hassan Perjelas Isu Tutup Aurat

Sebelum ini kami pernah kongsikan hukum dan kewajipan bagi seorang wanita beragama Islam untuk menutup aurat.

Kredit: Makatabah Al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • aurat
  • aurat

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas