Connect with us

Oh! Media

Sekarang Musim Hujan Dan Rumah Habis Banjir, Boleh Ke Kalau Saya Jamak Solat?

Oh! Islam

Sekarang Musim Hujan Dan Rumah Habis Banjir, Boleh Ke Kalau Saya Jamak Solat?

Biasalah, bila dah hujung-hujung tahun, mesti negara kita akan dilanda banjir lagi-lagi di kawasan Pantai Timur. Yelah, musim hujan, kan? Bila dah banjir, kawasan rumah habis kotor dek lumpur. Kadang-kadang, nak solat pun susah. Jadi, boleh ke kalau nak jamak solat?

ADVERTISEMENT

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mereka lebih cenderung untuk katakan yang tak boleh kalau nak solat jamak semasa banjir. Yelah, kalau ikutkan biasanya mangsa banjir akan dikumpulkan di penempatan sementara macam sekolah, dewan orang ramai. Jadi, berkumpulnya mereka di situ pun dah membolehkan mereka untuk solat jemaah bersama.

Tapi, dalam posting Dr. Zaharuddin Abd Rahman di Facebook, beliau pun pernah ulas soalan begini. Katanya, ulama mengharuskan jamak solat jika berlaku keuzuran dan kesukaran tertentu yang munasabah. Dalam mazhab Syafie harus untuk jamak solat sebab hujan yang boleh basahkan semua pakaian. Sebahagian ulama Syafie turut mengharuskan atas sebab sakit, tanah dan ketakutan atas keselamatan.

Begitu juga dengan mazhab Hanbali, mereka mengharuskan jamak disebabkan salji, kesejukan angin kencang, wanita yang istihadah dan sepertinya. Kalau korang nak tahu, mazhab Hanbali adalah yang paling luas keharusan untuk jamak ini dengan berdalil kepada hadis riwayat Muslim yang sohih dari Ibn Abbas.


صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ. قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِهِ.

Maksudnya: Telah solat Rasulullah SAW zohor dan asar secara jama’ di Madinah dalam keadaan tiada ketakutan dan juga bermusafir. Telah berkata Abu Zubair: Aku telah bertanyakan Sa’id: Mengapa dilakukan sebegitu? Maka jawab Sa’id: Aku telah bertanyakan Ibn Abbas soalan seperti yang kamu tanyakan, maka jawab Ibn Abbas: Rasulullah SAW mengkehendaki untuk tidak menyusahkan umatnya. – Riwayat Muslim (705)

Jadi, menurut Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Fatawa Mu’asiroh) makna keadaan uzur dan kesukaran termasuklah dalam suasana banjir dan keadaan sukar bukan hanya di masjid, tapi di tempat pemindahan banjir dan rumah masing-masing. Hukumnya adalah harus dan dibolehkan untuk jamak solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isyak.

Yelah, dengan keadaan banjir yang belum surut, hujan masih lagi turun, pakaian dan peralatan serba kurang, mesti agak tak selesa untuk kita tunaikan solat macam biasa. Kadang-kadang, nak ambil wuduk pun susah sebab sumber air bersih terhad. Jadi, kalau dah air mineral dan air paip pun tiada, tak salah untuk berwuduk guna air banjir. Cumanya, perlu dielakkan setakat mampu.

Kalau kawasan rumah atau penempatan banjir teruk dinaiki air sampai tempat kering pun tiada, maka diharuskan untuk solat atas kerusi. Tapi, kalau dah kawasan rumah selesa untuk tunaikan solat, ataupun tempat penempatan sementara itu bukan dalam keadaan teruk, maka perlu untuk tunaikan solat fardu seperti biasa secara berjemaah.

Tapi, para ulama juga bersepakat kalau nak solat jamak tanpa keuzuran sebenar ataupun ada yang salah guna keringanan ini, maka solat adalah batal dan tidak sah. Haa, jangan main-main dengan solat. Kalau niat korang sekadar nak senang tapi tiada sebab munasabah, tak boleh lah. Kalau buat ikhlas kerana Allah, inshaAllah yang berat pun akan jadi mudah.

Kredit: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas