Connect with us

Oh! Media

Henti Budaya Salam Ketika Pandemik Bercanggah Dengan Sunnah Nabi?

Budaya Salam

Oh! Islam

Henti Budaya Salam Ketika Pandemik Bercanggah Dengan Sunnah Nabi?

Tak dinafikan budaya bersalaman dan berjabat tangan memang dah sebati dalam kalangan masyarakat kita. Islam sendiri pun menggalakkan kita bersalam-salaman untuk mengeratkan silaturrahim.

Tapi, sejak kes Covid-19 melanda negara, kita disuruh pula untuk elakkan dari bersalaman dan hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat. Bahkan, hari ni pun Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ingatkan rakyatnya lagi sekali supaya tak perlu salam. Eh, tak bercanggah ke dengan ajaran Islam?

89353689 2701869543245361 2869791856063938560 o

Ya, memang betul menurut ijma’ dalam kalangan alim ulama, bersalaman itu hukumnya sunnah. Tapi, dalam keadaan negara yang dilanda Covid-19 sekarang, ada dua keadaan seperti yang dipersetujui oleh sebahagian ulama dan Badan Berautoriti dalam fatwa.

IKLAN

Kalau dalam keadaan biasa, maka boleh untuk kita berjabat tangan. Kalau dah memang tahu satu kawasan atau individu tersebut punyai potensi untuk dijangkiti, jadi tak salah pun kalau tak bersalaman bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar.

Tapi, kita pun dah sedia maklum yang keadaan pandemik sekarang makin kritikal. Kalau kita tengok kes pun, sekarang kes baru selalu cecah 4 angka. Jadi, kita memang dituntut untuk berusaha mengelak daripada penularan virus dan tidak bersalaman sesama sendiri adalah salah satu cara yang berkesan. Yelah, virus ni kan boleh merebak dari sentuhan?

Nvmvuz7c1vu5r1g9n9ul

Bahkan, ada satu hadis Nabi yang membuktikan kita perlu menjauhkan diri daripada orang yang berpenyakit seperti penyakit kusta untuk mengekang penyakit tersebut dari menular dan menjangkiti orang lain.

Daripada al-Syarid bin Suwaid RA berkata:

كَانَ فِي وَفْدِ ثَقِيفٍ رَجُلٌ مَجْذُومٌ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّا قَدْ بَايَعْنَاكَ فَارْجِعْ

Maksudnya: “Dalam delegasi daripada Bani Thaqif terdapat seorang lelaki yang terkena penyakit kusta. Maka Rasulullah SAW mengutuskan seorang utusan untuk menyampaikan berita bahawa kepadanya bahawa: Kami telah menerima bai’ah kamu, maka pulanglah kamu.” [Riwayat Muslim (2231)]

Jadi, tak perlulah nak ikut kepala sendiri dan tetap juga nak bersalam dan berjabat tangan, kononnya untuk ikut sunnah nabi. Jangan risau, kalau korang hanya beri salam dan senyum pada orang lain pun dah dikira korang amalkan sunnah Rasulullah SAW.

Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash RA berkata:

أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: أيُّ الإسلامِ خيرٌ؟ قال: تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ، على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ

Maksudnya: “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [Riwayat al-Bukhari (5767)]

Islam itu kan mudah? Jadi, jangan pening kepala dan terus patuh pada SOP yang dah pun ditetapkan. InshaAllah, kalau niat korang baik, confirm ada ganjaran pahala yang menanti.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas