Connect with us

Oh! Media

“Datang Jumpa Saya Dulu Minta Maaf” – Imam Besar Masjid Putrajaya Tak Redha Video Tersebar

Oh! Islam

“Datang Jumpa Saya Dulu Minta Maaf” – Imam Besar Masjid Putrajaya Tak Redha Video Tersebar

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan golongan individu VIP yang dibenarkan masuk ke masjid ketika dilihat orang ramai masih beratur.

ADVERTISEMENT

BACA: Viral Video Dakwaan VIP Diberi Layanan Istimewa, Ini Penjelasan Masjid Putra

Perkara itu mendapat keluhan ramai oleh sebab terdapat individu yang masih tidak dibenarkan masuk walaupun sudah tiba awal dan pagar masjid masih ditutup.

Terdahulu, pihak pengurusan Masjid Putra memberi penjelasan lanjut dan memohon maaf sekiranya wujud kekeliruan susulan video tular.

Katanya, ia mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu kapasiti seramai 300 sahaja menyebabkan jemaah yang hadir tidak dapat masuk.

Imam besar masjid tampil beri penjelasan

Terbaru, Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim tampil mempertikaikan individu yang merakam serta menularkan video tersebut

Melalui kenyataannya yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Ikmal Zaidi juga turut ‘mempertahankan’ kuota VIP yang telah ditetapkan itu.

First come first serve basis, siapa yang datang dulu, dia masuk dulu. Siapa datang lambat, tak dapat masuk.

Tuan-tuan kena paham, masjid Putra adalah masjid kerajaan. kita kena bagi kuota sikit kepada golongan VIP iaitu seramai 30 orang.

Difahamkan, 300 orang yang dibenarkan masuk, 270 orang adalah datang daripada orang awam manakala 30 orang lagi melibatkan kumpulan VIP.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa ketetapan kepada VIP dibuat oleh sebab mereka merupakan merupakan golongan yang sibuk bekerja.

VIP dah bagi nama awal

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa golongan VIP yang hadir tersebut sudahpun memberikan nama lebih awal supaya tidak mensia-siakan kuota 30 orang yang ditetapkan.

VIP datang lambat boleh masuk sebab dah bagi nama awal, slot itu hak mereka. Nama mereka dah ada.

Tidak redha video tersebar

Tambahnya pula, beliau turut kesal dengan tindakan individu yang menyebarkan video tersebut dan mendoakan agar mereka menerima hidayah Allah.

Hal itu kerana perkara itu mampu menimbulkan salah faham antara masyarakat selain turut menyatakan bahawa ia merupakan ketetapan yang perlu diikut.

Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang ambil gambar viralkan ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.

Difahamkan, beliau turut berharap agar video tersebut dapat disampaikan kepada semua orang bagi menjawab segala salah paham yang berlaku berhubung video yang tular itu.

Kredit: Twitter @mkhairulazri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas