Connect with us

Oh! Media

Viral Video Dakwaan VIP Diberi Layanan Istimewa, Ini Penjelasan Masjid Putra

Masjid

Trending

Viral Video Dakwaan VIP Diberi Layanan Istimewa, Ini Penjelasan Masjid Putra

Semalam, tular di media sosial video keluhan orang ramai yang dikatakan tidak dapat masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Walaupun sudah tiba awal, pagar masjid ditutup dan dikawal ketat kakitangan masjid.

BACA: Kerajaan Negeri Kedah Cadang Benarkan Solat Jemaah Di Masjid Jika Lengkap Suntikan Vaksin

Isu mula timbul apabila individu yang baru tiba dengan menaiki kenderaan mewah tiba-tiba dibenarkan masuk. Pagar masjid dibuka untuk memberi laluan kepada beberapa lelaki termasuk pengawal individu tersebut.

IKLAN

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai dan menganggap hanya orang kenamaan diberi layanan istimewa sedemikian. Sedangkan mereka yang tiba sejak 12.15 tengah hari terpaksa menunggu.

Terbaru, pihak pengurusan Masjid Putra memberi penjelasan lanjut dan memohon maaf sekiranya wujud kekeliruan susulan video tular.

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan berkata, tindakan yang dibuat berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Masjid putra
Foto Kosmo Sekadar gambar hiasan

Jelasnya, apabila kapasiti jemaah sudah cukup pihaknya akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat masuk.

Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.

Daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal.

Untuk jumlah kuota jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal, pihak pengurusan turut dimaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

Ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan.

Menurutnya, Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti sejak pukul 11 pagi lagi. Pihak masjid sudah memaklumkan dan menasihati jemaah yang lain dengan baik berkenaan perkara itu.

Mereka walau bagaimanapun akan berusaha sedaya upaya meningkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan semua orang gembira dan berpuas hati. Untuk sebarang cadangan, orang ramai boleh terus menghubungi pihak Masjid Putra.

Kredit: Kosmo! | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas