Oh! Gear
Skuter Elektrik United TX1800 Dan TX3000 Mula Masuki Pasaran Malaysia
Oleh
Berita baik buat korang yang meminati Skuter United E-Motor, mereka telah mula memasarkan dua skuter baharu di Malaysia iaitu TX1800 dan TX3000 .
United E-Motor ialah skuter elektrik jenama Indonesia di bawah syarikat Terang Dunia Internusa (PT TDI) dan kemasukannya ke Malaysia dibuat menerusi sokongan firma pelaburan Malaysia, Artroniq Berhad.
Difahamkan, harga rasmi bagi kedua-dua skuter elektrik itu akan diumumkan bermula 24 Disember dan ia tidak kurang daripada RM10,000.
Kedua-dua varian skuter siri United TX itu memperlihatkan gaya skuter adventure yang jauh lebih menarik berbanding skuter elektrik yang sedia ada di pasaran tempatan.
Malah, dua skuter ini berkongsi reka bentuk sama dan perbezaannya melibatkan beberapa komponen, kapasiti bateri, dimensi dan jarak tunggangan.
Spesifikasi Skuter Elektrik United TX1800
- Motor elektrik tunggal 60V 2000w (2.68hp) dan tork 106Nm.
- 3 mod kelajuan iaitu Mod 1 (45kmj), Mod 2 (65kmj) dan Mod 3 (75kmj).
- Pecutan ke 100m: 10.2 saat
- Kelajuan mengundur : 5kmj
- Bateri jenis litium 60V 28Ah jenis boleh tanggal atau cas terus melalui skuter
- Masa mengecas: 1.5 jam untuk 0 hingga 80 peratus kapasiti bateri.
- Jarak tunggangan maksimum 65km.
- Hadir dengan lima warna sama seperti TX3000 dengan tambahan satu warna baharu iaitu Golden Yellow (kuning).
- Panjang 1,880mm, lebar 765mm, tinggi 1,180mm. Berat 89kg (maksimum berat boleh dibawa 150kg).
Spesifikasi Skuter Elektrik United TX3000
- Motor elektrik tunggal 60V 3000w (puncak 4200w atau 5.6hp) dan tork 145Nm.
- 3 mod kelajuan iaitu Mod 1 (40kmj), Mod 2 (60kmj) dan Mod 3 (90kmj).
- Pecutan ke 100m: 8.85 saat
- Kelajuan mengundur : 5kmj
- Bateri jenis litium 60V 28Ah (dua pek bateri) jenis boleh tanggal untuk cas atau cas terus melalui skuter
- Masa mengecas: 4 jam untuk 0 hingga 80 peratus kapasiti bateri.
- Jarak tunggangan maksimum 120km.
- Hadir dengan lima warna Sapphire Black (hitam), Milano Red (merah), Electric Blue (biru), Matte Grey (kelabu kusam) dan Pearl White (putih).
- Panjang 1,890mm, lebar 765mm, tinggi 1,195mm. Berat 118kg (maksimum berat boleh dibawa 167kg).
Kredit: PanduLaju
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.