Connect with us
kereta

Oh! Gear

Dasar Lupus Kenderaan Lama, Tingkatkan Penggunaan Kenderaan EV Bakal Susahkan Rakyat

Bermula tahun ini, sudah banyak keluaran kenderaan elektrik EV di pasaran Malaysia.

Namun, tindakan melaksanakan satu dasar untuk menamatkan hayat kenderaan lama di Malaysia disifatkan sebagai tidak praktikal dan hanya akan menyusahkan rakyat.

IKLAN

Malah, rakyat tetap disaran untuk beralih kepada pemilikan kenderaan elektrik (EV) atau menggunakan pengangkutan awam.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dasar menamatkan hayat kenderaan lama tidak boleh dilaksanakan kerana dua faktor berikut:

  • Keadaan sosioekonomi negara
  • Keperluan hidup rakyat terhadap pergantungan kepada kenderaan persendirian

dasar

Kita tidak mempunyai dasar untuk menamatkan hayat kenderaan seperti beberapa negara (lain). Kalau buat satu dasar untuk scrap (menghapuskan) kereta lama, ia akan beri kesusahan kepada rakyat.

Data penjualan kereta juga meningkat, sekali gus menunjukkan keadaan ekonomi yang baik. Itu (ialah) indikator (yang menunjukkan) bahawa kita masih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian, belum ada dasar menghalang pemilikan kenderaan (lama).

Bukan itu sahaja, kerajaan akan terus membangunkan dan melabur dalam sistem pengangkutan awam untuk menjadikan perkhidmatan itu lebih baik.

Dari segi nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian, penggunaan sistem pengangkutan awam masih sangat rendah iaitu kira-kira kurang daripada 20 peratus.

Kami berharap dapat meningkatkan penggunaan sistem pengangkutan awam, tetapi sudah pasti ia memerlukan banyak usaha dan masa serta pelaburan daripada kerajaan.

BACA: MBSA Menawarkan 10 Pengecas EV Secara Percuma Di Shah Alam

Terdahulu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengumumkan telah menyediakan sekitar 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di bawah kawasan pentadbiran mereka.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • kereta
  • kereta

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas