Connect with us

Oh! Media

Pesaing Ysuku, Honda RS-X Dilancarkan Dengan Harga RM8.6k

Fda527b2 ea51 4efc 9ea8 cda879461d50

Oh! Gear

Pesaing Ysuku, Honda RS-X Dilancarkan Dengan Harga RM8.6k

Malam tadi Boon Siew Honda telah melancarkan ‘kapcai’ baru iaitu RS-X. Sebenarnya, model ini telahpun ada di negara lain dan kini ianya telahpun masuk ke pasaran Malaysia secara rasminya. 

BACA : Yamaha Y16ZR Dilancarkan Dengan Dengan Tema ‘Prestasi Terunggul’

84bc9393 8238 425c 8d2c 0142aea7e200

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu merah yang dipanggil Trico Edition, biru yang dioanddil Candy Caribbean Blue Sea dan kuning yang dioanggil Lemon Ice Yellow. Warna merah tu yang paling menawan rasanya.

IKLAN
6570e9c0 146c 43a0 8b8f 7b6e44318ddb

Ianya didatangkan dengan enjin Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.16cc DOHC penyejukan cecair bersama teknologi PGM-FI dengan 15.8hp dan tork sehingga 13.6Nm. Untuk transmisi, ia hadir dengan klac manual 6-kelajuan.

Bcedcfe4 89cf 40e4 bc9b e1be31b60007

Terdapat sistem brek anti-kunci (ABS) pada sistem brek hadapan dan brek cakera tunggal biasa pada sistem brek belakang. Untuk suspensi, ia didatangkan dengan fork teleskopik di depan dan monoshockdi belakang. Motosikal ini mempunyai tangki sebesar 4.5 liter.

22366c7e 8c1b 4925 8b01 67ddf16b3da4

Boleh lawan ysuku tak design dia? Mesti ramai yang nak tahu harga dia kan? Menurut laporan Pandu Laju, Honda RS-X ini dijual pada harga RM8,688 tidak termasuk insurans dan caj pendaftaran. Ngam tak ngam?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas