Connect with us

Oh! Media

Yamaha Y16ZR Dilancarkan Dengan Dengan Tema ‘Prestasi Terunggul’

Oh! Gear

Yamaha Y16ZR Dilancarkan Dengan Dengan Tema ‘Prestasi Terunggul’

Yamaha Y16ZR VVA (2021) baru saja dilancarkan tadi di Lintar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan harga RM10,888. Tapi kalau dah sampai dekat kedai, taktahulah harga dia berapa pula, ye dak?

ADVERTISEMENT

Model Yamaha terbaru kali ini bertemakam ‘Prestasi Terunggul’. Yamaha Y16ZR ini didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu kuning, biru dan juga perak.

Ia dikuasakan dengan enjin trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC VVA penyejukan cecair. Dengan enjin tersebut, Yamaha Y16ZR mampu menghasilkan sebanyak 17.7hp  @ 9,500rpm dengan tork 14.4 Nm @ 8,000rpm.

Berbeza dengan model sebelum ini, ia didatangkan dengan 6 kelanjuan transmisi. Pergh! Memang terbaik. Menariknya, ia dilengkapi dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang jarang ada dalam segmen kapcai bawah 200cc tau.

Sedikit moden, ia hadir dengan sistem kunci pintar. Bukan tu jer, siap ada soket pengecasan untuk telefon bimbit tau. Mudah gila untuk korang yang nak jalan jauh sambil tengok waze tu.

Untuk sistem brek, ia menggunakan brek cakera pada kedua-dua roda. Sama seperti versi Vietnam tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) disediakan.

Tangki minyak untuk Y16ZR iaitu 5.4 liter, lebih besar berbanding Y15ZR dengan hanya 4.2 liter.

Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu). Korang boleh dapatkan model baharu ini di semua wakil pengedar bermula 31 Mac ini.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas