Connect with us

Oh! Media

Ops Saman Ekor Mula Beroperasi Di Seluruh Negara, Saman Hantar Terus ke Rumah

Ohmedia  Saman

Oh! Gear

Ops Saman Ekor Mula Beroperasi Di Seluruh Negara, Saman Hantar Terus ke Rumah

Bermula 21 Ogos, operasi saman tembak laju atau saman ekor Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah bermula di seluruh negara bagi mengesan pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju, dikuatkuasakan bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, bagi mana-mana pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan itu di jalan raya persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan dihantar ke alamat kediaman masing-masing.

IKLAN
Saman

Menurut Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, pada hari pertama pelaksanaan ops itu, 8,718 kenderaan dikenakan saman K170A, melibatkan 8,352 kereta, motosikal (44 saman) dan 322 saman kenderaan perdagangan atau perkhidmatan.

Mohd Nasri berkata penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju akan dijalankan berterusan di semua kontinjen dan daerah.

Tindakan ini bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan dalam negara.

Anggota JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju ditetapkan. Saman kompaun bernilai RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan.

Saman

Tambahan, memandu melebihi had laju adalah antara punca utama kemalangan jalan raya negara ini selepas pemandu gagal mengawal kenderaan hingga hilang kawalan.

Semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mengikut peraturan ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Kerjasama orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Bh22saman o bhfield image socialmedia
  • 35742254 990251521137222 9103401733282856960 n
  • Ohmedia  Saman
  • Bh22saman o bhfield image socialmedia
  • 35742254 990251521137222 9103401733282856960 n
  • Ohmedia  Saman

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas