Connect with us

Oh! Media

MIROS Cipta Prototaip Mengesan Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta

miros

Oh! Gear

MIROS Cipta Prototaip Mengesan Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta

INSTITUT Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), telah membangunkan satu prototaip sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan, dinamakan ‘MyCINTA’ atau MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System.

ADVERTISEMENT

Sistem tersebut dibangunkan bertujuan untuk mengesan kehadiran kanak-kanak dalam kenderaan yang dimatikan enjin dengan menggunakan sensor pergerakan, dan bunyi.

Malah, ia juga dapat memberikan makluman secara automatik kepada pemandu, pengguna sistem, serta individu kecemasan melalui panggilan telefon atau penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS).

MIROS

Dalam pada itu, kandungan SMS itu akan menyatakan koordinat lokasi kenderaan yang dihubungkan terus kepada aplikasi pengemudian seperti Google Maps bagi memastikan kanak-kanak terperangkap segera ditemui dan diselamatkan.

Tambahan, sistem ‘MyCINTA’itu juga akan mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan pertama dengan menurunkan tingkap kenderaan secara automatik ke suatu aras tertentu untuk memastikan ada aliran udara.

Sementara itu, lampu amaran bahaya kenderaan (hazards light) akan diaktifkan automatik untuk menarik perhatian orang awam di sekeliling kenderaan.

Bagi meningkatkan kebarangkalian dan kepantasan bantuan kecemasan diberikan kepada kanak-kanak terperangkap, hon kenderaan dan amaran visual dalam bentuk teks seperti ‘BAHAYA’ atau ‘HELP’ melalui paparan lampu LED (modul matriks bintik LED) pada cermin kenderaan akan diaktifkan automatik.

Sistem tersebut juga berupaya menjejak dan menghantar maklumat lokasi melalui SMS dengan capaian ke aplikasi Google Maps dengan berkesan dan tepat selain berupaya menghasilkan nilai bacaan sensor tepat dan konsisten.

MIROS

Secara keseluruhan, sistem MyCINTA didapati berupaya berfungsi dalam tempoh kritikal lima minit pertama untuk mengurangkan risiko kecederaan serius terhadap kanak-kanak akibat strok haba.

Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Ir Azhar Hamzah berbesar hati mengumumkan pembangunan prototaip sistem MyCINTA berpotensi besar membantu menyelamatkan nyawa dalam kes kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

Kami sangat berharap pemain industri dan pemegang taruh lain dapat menyokong kami dalam usaha membawa inovasi MyCINTA ke peringkat seterusnya

Ketua projek MyCINTA, Mohd Khairul Alhapiz Ibrahim berkata, kajian mendapati kes kanak- kanak terperangkap dalam kenderaan boleh berlaku kepada sesiapa saja (pemandu kenderaan), tanpa mengira faktor demografi atau sosiologi tertentu.

Punca terjadi kes sebegini agak kompleks dan banyak dipengaruhi faktor manusia. Untuk itu, pembangunan sistem MyCINTA menggunakan pendekatan ‘Design Thinking’ berasaskan empati terhadap pengguna sasaran melalui analisis data relevan untuk menentukan spesifikasi dan meningkatkan keberkesanan fungsi sistem

Kredit: PanduLaju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7275618672461270279?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • miros
  • miros

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas